Mungkin betul ada tujuh kembar seiras untuk setiap orang di muka bumi ini, kali ini kembar kepada pelakon, Vin Diesel pula ditemukan di Bazar Ramadan.
‘Kembar’ kepada pelakon yang terkenal dalam filem The Fast and Furious itu ditemukan warganet sedang menjual kunafa di Johor Bharu.
Tular di TikTok mengenai video lelaki tersebut yang jelas mendapat perhatian ramai orang dek kerana kemiripannya dengan pelakon tersebut.
Malah warganet berseleroh bahawa mungkin ‘pelakon’ tersebut terkesan akibat kos sara hidup yang tinggi.
“Dom Torreto pun terkesan dengan kos sara hidup yang tinggi. Kesian sampai terpaksa jual kunafa, Letty tak ada nampak pula,” komen @Akmal.
“Fasting dan furious (merujuk kepada cerita fast and furious),” kata @naliashaa.
Baca juga: Fuh..masjid mana ni? Kanak-kanak dibenar main sepuasnya dalam masjid, siap ada yang sepak bola lagi