Anak itu adalah rezeki daripada Tuhan, siapalah kita sebagai manusia untuk menghina seseorang hanya kerana mereka lambat dapat zuriat.
Satu tangkap layar tular di media sosial, wanita tersebut menceritakan perangai toksik ibu mentua selama 12 tahun perkahwinan.
Hinaan dan cacian ibarat ratib yang keluar setiap kali berjumpa dengan menantunya itu hingga dia sanggup mencarikan calon isteri buat anak lelakinya.
Walhai wanita tersebut dan pasangan sudah menjalani ujian kesuburan dan tiada masalah buat mereka cuma belum ada rezeki untuk mempunyai anak sendiri.
Sudah penat dengan perangai toksik ibu mentua, wanita tersebut mencari jalan untuk ‘membalas dendam’.
Dia nekad mencari pekerja untuk kedai makan ibu mentua, dicarinya ibu tunggal yang cantik untuk menambat hati bapa mentua.
Tak lama selepas itu, dia melihat bahawa umpan sudah mengena dan akhirnya bapa mentua menjadikan ibu tunggal sebagai isteri kedua.
Mengamuklah ibu mentua selepas diri dimadukan namun masih tidak belajar daripada kesilapan dan tetap menghina wanita (pengadu) tersebut.
Tidak mahu terus bertahan dalam hubungan toksik, pengadu bersedia untuk mengakhiri perkahwinan bersama suami kerana hatinya sudah tawar.
Baca juga: Nak beli makanan atas talian, pembeli terkejut tengok harga nasi putih T20