Betul ke pam minyak pelan-pelan boleh dapat ekstra? Pakcik Shell bongkar lagi mitos isi minyak

Oleh KIM SYAZIE

Kaedah pam minyak dengan perlahan dikatakan berkesan untuk kenderaan anda mendapatkan minyak ekstra. Namun betulkah ‘life hack’ yang diperkatakan itu?

Menjawab persoalan tersebut, Pengarah Urusan Shell Malaysia, Shairan Huzani Husain atau lebih dikenali sebagai Pakcik Shell, tampil mencuba ‘life hack’ yang disebar ramai bagi menguji keberkesanannya.

Beliau dalam hantaran di Instagram, melakukan satu eksperimen untuk menguji kesahihan teori berkenaan.

Dalam eksperimen tersebut, pakcik shell membuat perbandingan dengan mengisi minyak secara laju pada balang besi pertama, dan mengisi minyak secara perlahan pada balang besi kedua.

Kedua-dua diisi dengan 10 liter minyak dan hasil eksperimen mendapati tiada beza antara keduanya walaupun minyak diisi secara perlahan.

Proses eksperimen yang ditunjukkannya menyedarkan orang ramai bahawa teori itu ternyata hanyalah auta.

Baca juga: Bertahun-tahun guna baru tahu fungsi garisan kecil atas duit kertas RM