Usaha lelaki dan wanita dalam hubungan pastinya banyak perbezaan, ada yang sanggup bayar tiket mahal demi pasangan malah ada yang sanggup berbasikal.
Buat pasangan ini, si tunang dikatakan sanggup berbasikal sejauh 126 kilometer (km) demi berjumpa buah hatinya yang sedang bekerja.
Menerusi akaun TikTok @lipashgoweng, dia menunjukkan usaha tunangnya untuk membuat kejutan kepadanya.
Warganet pula sempat berseloroh mana usaha pasangan mereka sedangkan rumah dekat sekalipun susah untuk berjumpa.
“Tak mungkin kekasih aku nak aku berbasikal dari Johor Bahru ke Kelantan.
“Yang naik motor rumah dekat pun dah mengeluh, nak suruh dia naik basikal?
“Effort (usaha) dia memang A+,” antara komen netizen.
Malah ada juga yang menyatakan mungkin berbasikal adalah hobi kepada tunang wanita tersebut.
“Dia memang jenis hobi mengayuh basikal, tengok basikal pun bukan biasa jadi jarak macam itu mungkin sudah biasa,” komen Suraya.
“Sebagai seseorang yang pernah kayuh dari Kapar, Selangor ke Sabak Bernam, ia adalah sangat memenatkan jadi hargai dia (tunang),” tambah MF.
Baca juga: Wanita persoal harga cecah RM500 masa shopping, sekali kena perli lepas tunjuk barang