Nama pemain sayap muda sensasi, Arif Aiman Mohd Hanapi semakin mencuri tumpuan ketika ini sehingga beberapa bekas jurulatih dan pengendali pasukan menyifatkan beliau sebagai pemain terbaik Asia dalam pembikinan.
Untuk anda yang tidak tahu, Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) pernah mendedahkan jumlah gaji diberikan kepada Arif Aiman.
Setakat April tahun ini, bintang JDT itu dilaporkan hanya menerima gaji RM25,000 sebulan berbanding sesetengah pemain lain yang dibayar sehingga RM80,000.
Pendedahan itu dibuat ketika Tunku Ismail menempelak ‘suara sumbang’ yang mendakwa kejayaan Johor Darul Ta’zim (JDT) mendominasi Liga Malaysia (Liga M) disebabkan kuasa wang atau gaji lumayan diterima pemainnya.
“Kalau nak kata bajet (bajet tinggi), ini saya nak terangkan pasal bajet…semalam saya nak naikkan gaji Feroz Baharudin dengan Arif Aiman, Feroz berbelas ribu sahaja dan Arif Aiman tak sampai RM25,000 pun gaji
.”Tetapi saya tahu pasukan lawan saya membayar gaji kepada pemain tempatan sampai ke RM80,000 hingga RM90,000. Bukan itu sahaja, pemain import saya Bergson da Silva baru US$300,000 setahun (bersamaan RM1.3 juta).
“Tapi ada (pasukan lain) yang bayar US$500,000 setahun (RM2.2 juta), jadi adakah JDT yang berbelanja atau adakah pasukan lain yang berbelanja,” katanya.
Tunku Mahkota Johor berkata, beliau sebolehnya mahu mengurangkan bajet skuad Harimau Selatan setiap tahun tanpa perlu mengeluarkan modal yang besar.
Malah, beliau mengakui sentiasa berbelanja mengikut kemampuan dengan mengukur baju di badan sendiri apabila JDT pada musim ini hanya mengikat lapan import sahaja berbanding sembilan orang yang dibenarkan.
“Saya berbelanja ikut kemampuan dan saya cuba menurunkan belanja duit itu sebanyak mungkin, kerana kami nak kekalkan momentum.
“Macam contoh, kami tak mampu nak ambil sampai sembilan import pun sebab itu kami hanya ambil lapan import. Jadi awak kena tengok logik dan fakta,” katanya.
Baca juga: Modal RM2 tapi menang RM41 juta, suri rumah tak lena tidur lepas jadi jutawan