Rasanya ramai yang tahu bahawa Syafiq Kyle dan Mimi Lana pernah dikatakan putus cinta pada Mei 2020 selepas lima tahun bersama, namun hubungan mereka kembali bertaut apabila dilihat berkongsi gambar bersama dalam media sosial.
Susulan itu, apabila dua pelakon popular itu mengumumkan pembatalan pernikahan, banyak spekulasi timbul mengenai hubungan mereka.
Bagaimanapun pengurus kepada Mimi Lana tidak menunggu lama apabila akhirnya tampil menjelaskan hal sebenar mengapa pelakon itu bersama pasangannya membatalkan pernikahan mereka
Menurut Iman Tang, majlis yang sepatutnya berlangsung pada 18 Ogos depan di di Puncak Rimba, Bentong, Pahang dibatalkan bukan atas sebab peribadi.
Dia sendiri katanya telah dimaklumkan oleh Mimi tentang hal tersebut dua hari lalu – di mana Mimi sebenarnya terikat dengan jadual penggambaran.
.”Dia berjumpa saya dua hari lalu memaklumkan yang majlis pernikahannya terpaksa dibatalkan pada saat akhir.
“Pembatalan dibuat kerana Mimi terikat dengan jadual penggambaran, selain ada beberapa perkara yang perlu diselesaikan dengan Syafiq.
“Bila diberitahu mengenai perkara itu, saya memang terkejut. Tapi saya tahu Mimi memang baru sahaja masuk set penggambaran.
“Mimi kemudiannya meminta saya menghantar mesej pembatalan kepada tetamu yang sudah membuat RSVP kepada saya sebelum ini,” katanya seperti dilapor BH Online.
Ditanya apakah punca pembatalan itu, adakah pasangan itu menghadapi krisis peribadi, Iman menafikan perkara itu.
“Saya ada juga bertanya perkara yang sama kepada Mimi, tetapi hubungan mereka baik-baik sahaja.
“Segala perkembangan terbaharu mengenai majlis termasuk tarikh baharu akan dimaklumkan kemudian,” jelasnya.
Terdahulu, tular mesej yang memaklumkan majlis pernikahan pasangan pelakon filem Pusaka itu dibatalkan pada saat akhir atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan.
Pada 21 Januari lalu, Mimi berkongsi foto memaparkan jari yang hendak disarungkan cincin, iaitu simbolik kepada majlis pertunangan.
Foto itu diiringi ungkapan penuh kesyukuran pelakon drama rantaian Perempuan Itu sambil memberi bayangan hari bahagianya akan berlangsung tidak lama lagi.
Baca juga: Baru 2 bulan kahwin, Dini Schatzmann dah berani bongkar ‘peel’ sebenar Janna Nick