Tunggu lama sangat, penumpang terkejut diludah ‘rider’ lepas batalkan tempahan

Oleh MAISARAH AISYA

Sudah menjadi kebiasaan untuk menggunakan perkhidmatan awam agar cepat sampai terutamanya ketika waktu puncak.

Di Indonesia, anda boleh memilih untuk menaiki teksi motosikal atau dikenali sebagai ojol untuk tiba lebih awal kerana mudah untuk bergerak di tengah kesesakan lalu lintas.

Menurut portal berita Okezone, seorang penumpang ojol diludah oleh penunggang di Malang, Indonesia selepas membatalkan tempahan.

Kejadian tersebut dilaporkan berlaku hadapan Universiti Negeri Malang, Kota Malang pada Jumaat lalu.

Tunggu ojol terlalu lama

Laporan itu memakluman bahawa penumpang wanita tersebut membuat keputusan membatalkan tempahan ojol selepas menunggu dalam tempoh agak lama.

Tidak lama selepas membatalkan pesanan, penunggang ojol itu tiba dan berang dengan tindakan pelanggan tersebut.

“Penunggang ojol sudah menjelaskan bahawa dia terkandas dalam kesesakan lalu lintas.

“Dia berang kerana tempahan dibatalkan oleh penumpang tersebut,” kata Ketua Polis Lowokwaru, Komisioner Polis Anton Widodo.

Mula bertengkar sebelum ludah

Pada masa sama Anton memaklum tercetus pertengkaran mulut antara penunggang ojol dan penumpang sebelum lelaki tersebut meludah wainita itu.

Penunggang ojol tersebut kemudian dipanggil ke balai polis setempat, Sabtu lalu selepas pihak berkuasa menerima aduan mengenai kejadian itu.

Selepas memberi keterangan, kedua-dua pihak akhirnya berdamai dan menutup kes tersebut.

Baca juga: Bulan puasa pun ‘overtime’, wanita sempat pura-pura Qiamullail sebelum kebas beg jemaah