“Suami tak habis romantikkan hidup susah, aku simpan duit sendiri nak beranak swasta pun dia marah”

Oleh MAISARAH AISYA

Sebagai pasangan yang dah berkahwin, tolenrasi itu sangatlah penting dalam satu hubungan itu.

Mengapa perlu hidup susah sedangkan tahu diri mampu beri keselesaan buat anak-anak dan isteri.

Seorang wanita tidak menyangkan suami dengan gaji lima angka masih berimpian untuk hidup susah.

Di bawah adalah luahan wanita tersebut.

Pertama sekali aku nak bagitau aku penat dengan suami aku. Aku tak sangka perkara macam ni boleh buat aku rasa tak nak teruskan perkahwinan.

Kami masing masing berkerjaya, gaji lima angka.

Kami berkahwin usia agak lewat, lewat 20an dan ketika berkahwin kewangan agak stabil. Suami aku tua setahun dari aku.

Aku pernah hidup susah dengan keluarga sebab ayah aku meninggal tiba tiba dan mak aku tak pernah kerja dan suami aku pun latar belakang keluarga bukan orang senang.

Suami aku ni ada satu penyakit yang buat aku rimas, dia suka hidup susah. Aku nak terangkan disini dalam bentuk ayat pun susah.

Tidur kat ruang tamu di rumah mentua

Macam contoh, kalau balik rumah keluarga dia cadangkan tidur je ruang tamu sebab tak ada bilik.

Atau dia suka kongsikan kisah pasangan kahwin bermula dengan motor, pindah rumah sewa serba serbi kekurangan dengan tak ada perabot.

Bak kata pepatah susah senang biarla bersama. Macam Shuib dengan arwah Siti Sarah, kahwin tak ada hantaran, rumah baru pindah makan beralaskan surat khabar, pergi keje RM50 ringgit bahagi dua.

Aku banyak kali bagitahu. Kita kahwin lambat dan kita dah stabil.

Kenapa kita nak downgrade hidup kita. Kenapa nak bandingkan rezeki masing masing. Masa kami bercinta pun, gaji aku tinggi pada dia dan aku tak kisah pun.

Ajak balik rumah mentua sebab nak ajar erti hidup susah

Tak ada aku kahwin dengan dia sebab tak nak miskin. Dah mampu beli perabot masa pindah rumah nikmatilah rezeki Allah bagi. Katanya nak ajar aku hidup susah.

Dia ajak aku balik rumah keluarga dia nak ajar hidup susah. Bilik pun tak ada. Aku ajak tidur hotel banyak alasan.

Dekat rumah mentua, dua keluarga duduk kat situ (adik-adik ipar aku bawa isteri dan suami duduk sekali dengan mentua) masing-masing ada bilik. 

Kita yang datang melawat ni terkulat-kulat duduk ruang tamu. Kat situ la kau solat, kat situ la kau tidur, kat situ la orang berkumpul

Kita nak tido pun kena tunggu semua dah masuk bilik. Kalau diorang tengok tv sampai pagi maka berhuhu la aku anak beranak. Belum masuk bab aurat.

Nasib baiklah raya aku sama ada sarat mengandung atau dalam pantang so kami tak payah balik beraya di Negeri Sembilan.

Beli perabot pun nak gaduh

Buntu dah aku nak buat apa dan aku rasa putus asa. Pindah rumah sewa boleh gaduh nak beli perabot.

Dia asyik cakap duduklah atas lantai dulu. Aku nak beli aircond dia cakap tak ada hal la berpanas.

Tu belum masuk aku kumpul duit nak beranak swasta dia halang sampai aku ugut nak lari dari rumah.

Aku yang nak beranak selesa suka hati aku la kalau aku boleh bayar beranak di bulan pun. Aku ada impian nak rumah semua anak ada bilik. Tak ada yang kongsi.

Bab beli rumah pun boleh gaduh sebab dia nak rumah tiga bilik. Aku cakap bab rumah tak apa aku beli sendiri. Alih alih dia merajuk.

Aku tak kisah pun pakai duit aku. Rumah kan aset. Lagipun hidup berumah tangga aku tak kisah nak bantu bab duit sama-sama.

Sekarang kami masih menyewa. Rumah tiga bilik idaman dia tulah. Sedara mara datang dengan mak dan ayah mentua datang semua tidur ruang tamu.

Aku kurang suka benda ni sebab bagi aku tetamu kena ada bilik. Jangan berlonggok lelaki perempuan ipar duai tidur ruang terbuka.

Nak usulkan hal beli rumah aku takut nanti bergaduh besar.

Dah bergaduh besar sampai aku mintak cerai. Aku tak faham kenapa nak bangga sangat dengan hidup susah. Aku nak anak yang ramai.

Sekarang kami dah ada sepasang aku plan nak lagi dua orang. Mestilah aku nak anak aku ada bilik masing masing. Suami boleh cakap.

Anak lelaki boleh je tidur ruang tamu. Sesungguhnya pemikiran apakah ini? Aku nak tambah anak pun takut.

Bila baca berita berita sumbang mahram, aku risau semua bermula di rumah, anak-anak tak ada privasi, satu rumah berhimpit.

Kalau tak berkemampuan aku faham, tapi kami lebih pada mampu. Kalau bukan ujian kami hidup susah selepas kahwin, banyak lagi ujian yang akan menimpa.

Romantik sangat ke hidup susah lepas kahwin tu. Aku pun tak tau nak jawab. 

Aku bagitau dia kenapa dulu tak cari anak dara lepasan SPM boleh la hidup romantik dalam serba serbi kekurangan. Aku dah lalui hidup susah dulu.

Zaman universiti aku buat murtabak maggi jual dekat hostel. Cari duit lebih. Ada masa lapang aku buat part time buat assignment orang.

Sebab tu aku kerja keras walaupun suami aku berduit. Aku dapat elaun dari mara aku share sikit dekat mak aku di kampung.

Kerja aku pun mencabar bukan masuk office jam 8-5 macam suami aku kerja ada waktu pejabat.

Aku ke hulu ke hilir ada meeting, training di luar negara. Untuk apa? Untuk anak-anak aku dan untuk kesenangan kami suami isteri.

Aku tak faham mentaliti apa dalam kepala suami aku. Boleh bagi idea untuk aku perlahan-lahan tukar dia punya pemikiran suami aku asyik ulang aku perempuan ego tak nak hidup susah.

Aku rasa penat nak meluah kat sini. Sebab suami suruh berhenti kerja. Katanya dia mampu tanggung aku dengan lapan orang anak.

Baca juga: “5 tahun dah abang ipar duduk sekali dengan keluarga aku, tapi sejak dua menjak ni perangai dia lain sikit…”