“Dia mangsa kahwin paksa, suami pula tak mengaku anak, akhirnya ayah aku tolong azankan”

Oleh MAISARAH AISYA

Setiap yang terjadi pasti ada hikmah walaupun sekecil zarah sekalipun, sebolehnya dengarlah kata ibu bapa.

Begitulah juga dengan Luna (bukan nama sebenar) yang berkongsi kisah mengenai seorang wanita yang ditinggalkan selepas bersalin.

Di bawah adalah luahan tersebut.

Aku nak cerita tentang apa yang aku lalui pada tahun lepas 2023 semasa aku jaga arwah ayah aku di hospital.

Ingat nak rahsiakan tapi nak juga jadikan pengajaran dekat diri aku sebagai wanita dan kepada wanita dekat luar sana supaya lebih berhati-hati.

Aku sendiri pun masih bujang lagi, dan aku sendiri tak tahu apa yang sebenar-benarnya yang terjadi. Nak cerita pun tak pandai sangat.

Ceritanya bermula pada hujung tahun lepas. Aku hantar arwah ayah aku sakit semput dekat hospital untuk terima rawatan.

Dan ayah aku pun kena duduk dekat wad dan akulah satu satu anaknya yang ada untuk menjaganya.

Aku ni kaki rayap juga sebab aku pandai bawa kereta sendiri nak ke mana pun kan. Nak beli makan ke lagi pula rumah kakak aku pun tak jauh juga dari hospital tu memang ada dalam kawasan bandar.

Jaga ayah aku ni malam sahaja siang aku tidur kat rumah kakak aku. Kakak aku akan jaga ayah aku waktu siang jer malam ganti shift dengan aku.

Hari pertama hari kedua ayah aku stay dekat hospital okey je macam biasa. Sebab arwah ayah aku ni bergantung dengan mesin oksigen yang cucuk dekat hidung tu.

Jantung dia lemah juga sebenarnya.

Terkejut ditarik masuk ke wad bersalin

Masa tu aku ada dekat ruangan menunggu wad kecemasan. Saja je la lepak sampai kakak aku betul betul puas jaga.

Tiba-tiba aku ni kena panggil dengan jururawat tu masa aku duduk tu. Aku pun blur blur pergi jela masuk tengok sebab dia kata ada doktor panggil.

Masuk-masuk doktor tu cakap “baby dah selamat dilahirkan. Baby boy. Bolehlah panggil bapa dia untuk azankan”.

Lepastu aku dengar daripada jururawat tu cakap kat doctor tu, budak lelaki tu tak nak mengaku tu anak dia dan perempuan tu dah diceraikan.

Terkejut aku. Memang betul betul aku dengar. Jelas dan nyata. Doktor pulak ingatkan aku ni adik atau kakak pada yang bersalin tu. Semua terkedu terdiam dekat situ.

Aku pergilah dekat budak perempuan yang bersalin tu. Aku minta izin dia untuk ayah aku azankan. Dia bagi je.

Mungkin dia dah tak tahu nak buat apa. Penat pun penat.. Aku minta izin untuk bawaayah aku ke wad dia. Dia sanggup..

Aku teruja juga walaupun tak kenal tapi boleh rapat macam tu sekali. Ayah aku pun semput semput dia, dia azankan juga.

Gembira sambut kedatangan orang baru walaupun bukan cucu dia. Tapi dia sayang sangat budak tu.

Dekat ward bila ayah aku tidur, aku pergi lah tengok baby, doktor pun tak larang apa-apa pun sebab dia cakap aku bagi vibe positif dekat budak tu.

Aku belikan makanan bubur marry brown apa semua sampailah dia keluar ward dengan baby tu. Kami namakan dia Muhammad Affan.

Baru ni Affan datang beraya dekat rumah aku. Handsome sangat. Adik beradik aku pula jenis suka budak kecil. Penyeri dalam rumah kami.

Penyeri hidup lepas arwah ayah meninggal

Arwah ayah aku pun dah pergi menghadap Illahi. Affan lahir awal bulan 12, ayah aku pergi hujung bulan 12, boleh dikatakan penganti.

Aku pun dah cakap kat Ibu Affan. Kalau ada masalah datang sahaja dekat rumah aku ni. Pintu rumah ni sentiasa terbuka untuk mereka.

Mak aku ni jenis orang datang terus jadi saudara. Hehehe. So tak jadi masalah.

Itulah cerita ringkas dari aku. Aku pun dah berubah dek kerana cinta Affan ni. Bukan kaki rayap lagi tapi kaki taman, budak luar biasa bijak pula tu.

Ibu Affan adalah cakap dekat aku, kesilapan dia yang lepas dah jadi pengajaran dan pengalaman terhebat dalam hidup untuk tidak mudah percaya dengan kata-kata manis lelaki.

Dia pun dah berubah hidup dia jadi lebih baik selepas kena buang dari keluarga. Disebabkan kahwin paksa tak ada rasa cinta dia jadi mangsa.

Ini bukan drama pukul 7 tapi ni la realiti yang ibu Affan kena hadapi.

Bapa pula, tak nak mengaku anak satu hal, hilang kemana entah satu hal. Semuanya derita dia kena tanggung dalam usia yang masih muda.

Dalam orang lain berusaha mengejar cita cita dan kerjaya, dia hadap derita duka luka dek kerana keluarga penting kan diri.

Kalau dia ada kerja penting kat luar sampai tak balik, dia minta aku jagakan Affan.

Dia pun cakap dah tak ada orang lain dah yang dia perlu percaya selain keluarga aku. Dan dia bersyukur sangat jumpa orang baik-baik katanya.

Baca juga: “Menyesal nikah lepas lapan bulan kenal, aku sakit bersalin suami sibuk main game”