Harap orang berhenti pertikai tiada mesin basuh, Ina Naim kini buka dobi

Oleh MAISARAH AISYA

Sehingga kini masih ada mulut-mulut yang memerli balu Allahyarham Suhaimi Saad iaitu Ina Naim hanya kerana tidak memiliki mesin basuh.

Tidak mahu orang ramai terus berkata-kata, Ina memaklumkan dia kini sedang menjalankan perniagaan dobi secara kecil-kecilan.

Wanita berusia 40 tahun itu memaklumkan ia adalah impian arwah suaminya untuk menyediakan perkhidmatan dobi di kampungnya, Felcra Sungai Ara, Kota Tinggi, Johor.

Menerusi siaran langsung di TikTok, selain meniaga barangan, Ina kini mampu membuka dobi sendiri dan tidak perlu bersusah basuh baju di luar.

“Selain berniaga kopi, sabun dan koko, alhamdulillah Allah izinkan saya tidak perlu pergi ke dobi. Saya sendiri sudah membuka dobi. Jadi jangan tanya mesin basuh mana.

“Ini mesin basuh banyak. Selepas ini jangan tanya lagi. Jangan cakap suami saya tidak beli mesin basuh, tidak beli itu, tidak beli ini. Saya sekarang sudah buka dobi di kampung.

“Sejak 2009 lagi awah memang sudah bercita-cita untuk membuka kedai dobi di kampung ini,” katanya dalam satu siaran langsung di TikTok.

Pada masa sama, Ina menggunakan duit royalti Allahyarham Suhaimi yang diterima telah digunakan sebagai modal untuk membuka perniagaan tersebut.

“Duit royalti arwah saya tidak guna sewenang-wenang untuk berseronok. Tetapi saya membuka dobi kerana duit itu akan sentiasa berkembang.

“Saya membuka dobi ini selepas arwah meninggal, alhamdulillah rezeki tidak putus terutamanya ketika musim hujan.

“Ada sahaja orang hantar baju termasuk pihak masjid yang menghantar sejadah dan telekung. Ada juga sekolah yang menghantar alas meja guru dan langsir untuk dibasuh,” katanya.

Dalam siarang langsung yang sama Ina dilihat sebak saat berkongsi momen terakhir antara dia, anak-anak dan arwah suaminya,

Baca juga: Ada 3 jenis sihir popular paling banyak digunakan Melayu, Ustaz Kazim rupanya terkena sihir yang ini