Memang benar kanak-kanak kalau makan mesti bersepah tapi janganlah biarkan seolah-olah kita makan di rumah bila berada di kedai makan.
Tapi kadang-kadang tantrum anak ini tidak menentu, sebolehnya jauhkan sahaja makanan daripada dicapai, maka tidaklah bersepah.
Seorang individu berkongsi kisah tersebut kepada seorang pengguna X yang memuat naik luahan itu di media sosial.
“Pertama kali aku kena denda RM5 dekat kedai makan sebab makan bersepah (anak umur bawah dua tahun).
“Kailan ikan masin, telur dadar, siakap 3 rasa RM55, tomyam tak ada ya. Mahal nak mampus, kemudian kena denda pula.
“Boleh ke nak ‘report’ Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mengenai denda tu? Boleh ke kedai tu denda pelanggan sebab buat sepah?” luahan individu tersebut.
Komen netizen:
Rata-rata netizen menyarankan individu tersebut menunjukkan bukti dan buat laporan kepada pihak sepatutnya namun ada juga yang menyokong tindakan tuan kedai itu.
“Denda pelanggan tu benda baru aku dengar dan agak pelik. Sebelum buat laporan pastikan ada resit yang jelas tertulis denda RM5 sebab makan bersepah.
“Tahap sepah tu tak boleh komen tapi aku pernah nampak budak main nasi buat macam renjis pengantin dan mak bapa buat bodoh. Harap bukan kau lah.
“Aku setuju juga kedai makan buat denda ni, anak kecil bukan lesen. Bertanggungjawab atas anak sendiri. Aku banyak kali jumpa mak bapa buat tak tahu lepas anak tumpahkan air.
Tapi bagus jugak idea denda makan sepah ni. Ada anak pun tak kira lah, habis makan tinggal meja macam kerbau pendek hutan baru singgah pun tak semenggah juga perangai,” antara komen netizen.
Baca juga: Kerana belum faham, mualaf serah babi kepada ustaz untuk dijadikan korban Aidiladha