Inilah pentingnya kenal hati budi sebelum berkahwin bukan setuju hanya kerana risau disoal kenapa tidak berpasangan lagi.
Apatah lagi semua sebolehnya nak kahwin hanya sekali seumur hidup dan mahukan pasangan yang mampu bimbing ke syurga.
Seorang wanita Alin (bukan nama sebenar) pada awal perkahwinan sangat bahagia namun semakin lama suami mula menunjukkan perangai sebenar.
Di bawah adalah luahan dari portal atas talian.
Aku Alin, berusia 30 tahun. Baru je kahwin dalam setahun, belum dikurniakan anak. Kami sebelum ni berkawan, tapi ambil keputusan untuk kahwin.
Aku tak tahulah aku ni overthinking ke memang suami aku benci aku. Aku rasa betul kot jadi isteri ni selalu pendam perasaan, pujuk diri sendiri.
Aku disahkan Severe Depression Disorder sejak aku kahwin. Sebelum ni takat stress biasa je. Entah lah, aku deeply affected dengan kehidupan aku, kerja aku, dan suami aku. Tapi aku nak highlight kan pasal suami aku.
Suami aku baik, tapi dalam masa yang sama tak baik. Suami aku ubah aku dari free hair, paksa aku bertutup, labuh, longgar.
Suami aku sediakan tempat tinggal, kalau pergi beli barang dia bayarkan, lepastu bila tidur suka peluk aku.
Tapi, aku rasa suami aku tak suka aku. Bila bercakap merengus, tapi sekarang dah okay sikit lepas beberapa siri aku merajuk dan menangis.
Suami aku pun berulang kali kantoi berjudi. Aku sampai dah kering air mata dah. Aku dah bagitahu family dia pun masih sama.
Di depan keluarga, dia seorang yang normal, tapi sangat narsistik; suka menyalahkan aku atas apa yang dia buat.
Contoh, aku sedih bila dapat tahu dia berjudi, aku yang salah sebab aku sedih. Katanya benda tu tak libatkan aku. Tu antara dia dan Tuhan.
Weh salah ke aku sebab aku tak suka suami aku berdosa? Dia tak pernah tahu betapa teruk perbuatan dia tu terhadap mental aku.
Aku sampai tertekan, sebab aku tak pernah pun minta sesuatu melebihi kemampuan dia.
Tak pernah aku minta barang mahal, branded macam isteri orang lain, tapi kenapa sampai dia berjudi? Gaji dia dah cukup dah.
Tak pernah minta barang mahal
Aku ni nak beli apa apa pun, hatta sehelai baju RM50 pun aku fikir banyak kali last sekali tak beli sebab aku takut susahkan dia.
Tapi aku selalu belikan apa yang dia suka guna duit aku. Tapi dia mana pernah nampak tu.
Suami aku bila nak bersama, terus ke situ je. Tak fikir pun kepuasan aku. Yang penting dia puas. Aku rasa dia jijik kot nak pegang aku, nak cium aku.
Bila aku suarakan apa yang aku rasa, dia akan rasa aku salahkan dia atau lawan dia. Bila dia marah marah, aku sedih, so tu salah aku.
Aku ni bila sedih atau marah, aku bukan jenis yang jerit jerit. Aku diam. Tapi bila aku diam, aku la salah.
Bila dia stress, penat, semua benda jadi tak kena. Rumah bersepah, bising bising.
Padahal selama ni aku tak pernah bising pun bila dia sepahkan baju kotor, bercampur dengan baju bersih. Stokin merata, spender merata.
Bila dia balik kerja aku hidangkan je makan, takde aku bising pun. Jarang sangat aku nak rasa dia masak, kalau aku lapar pun, dia minta aku beli makanan sendiri.
Bayangkan dari pagi sampai petang aku tak sempat makan, tak ada pun dia fikir aku lapar ke apa.
Tapi bila aku tak kemas rumah, kena pulak mood dia tak okay, berbekas hati aku dia bebelkan aku.
Belum lagi cerita dia lebihkan orang lain berbanding aku. Kalau soal kawan, terus aje setuju. Bila aku, aku ajak pergi mana mana guna duit aku pun macam macam alasan.
Mungkin aku ni teruk sangat kot jadi isteri dia. Aku tidur dengan airmata pun dia buat tak tahu je. Tak ada pun nak pujuk aku.
Mungkin aku ni tak ada harga pada dia, sebab tu dia paling risau kalau aku mengandung. Risau sangat kalau aku ‘lekat’. Dia tak nak ada benih dia dalam rahim aku.
Baca juga: “Kekasih suami tolak lamaran kahwin, terus dia ajak aku rujuk lepas lafaz talak tiga”