“Awal-awal kenal dah ajak aku kahwin, aku ingat serius tapi bila jumpa siap meraba…”

Oleh MAISARAH AISYA

Ramai yang cuba memasarkan diri dengan pelbagai cara untuk mendapatkan banyak potensi bakal pasangan.

Tapi ada yang menyalahgunakan ia memenuhi nafsu sendiri, pantang nampak kaum berlainan sedikit mesti nak cuba memikat.

Seorang wanita pada mulanya menyangka niat rakan lelaki untuk berkawan adalah sesuatu perkara yang baik namun lama-kelamaan si kawan mula tunjuk belang.

Di bawah adalah kisah yang diambil dari portal luahan perasaan atas talian.

Saya ada kawan dengan seorang lelaki. Dia yang mendekati saya dulu. Masa awal-awal kenal dia terus ajak kahwin.

Saya pula memang cari lelaki yang serius nak kahwin, Saya tak nak bercinta-cinta. Maksudnya berkawan untuk berkahwin.

Mula-mula lelaki tu sangat bersungguh bercakap pasal kahwin. Saya pun anggap dia memang serius juga lah.

Beberapa bulan berkawan tak ada pun dia bawa jumpa keluarga dia dan bila saya tanya dia tak ada pun cerita pasal saya kat keluarga dia. 

Dia cakap satu hari nanti bila dah sedia dia akan kenalkan dengan keluarga dia. Dalam berkawan tu saya tak nampak usaha dia nak halalkan saya.

Apa yang saya nampak dia nak menggatal dengan saya je. Sebab masa awal berkawan dia sangat menjaga tak ada sentuh saya dan tak ada sikap nakal-nakal.

Saya pun dah pesan yang saya memang tak suka disentuh. Tapi makin lama berkawan makin nampak tembelangnya.

Bila dia makin rapat dengan saya, dia mula mesej nakal-nakal. Hampir setiap hari ya. Tak lama lepas tu dia ajak saya tengok wayang waktu tengah malam.

Apa kejadahnya nak tengok wayang tengah malam buta. Saya memang tolak. Saya cakap boleh nak tengok wayang tapi siang hari je saya boleh teman. So, saya terima lah ajakan dia.

Saya berani ikut dia tengok wayang sebab masa tu kalau keluar makan dengan dia (dalam kereta) dia tak pernah cuba-cuba sentuh saya.

Jadi, saya fikir dia tak akan buat bukan-bukan kat dalam wayang. Masa tu dia hanya mesej nakal-nakal. Bila berdepan dia tak pernah keluar topik nakal dia tu.

Saya tak tahu la semua lelaki jenis macam ni atau tak. Masa tu saya fikir benda ni normal lelaki nakal-nakal sikit sebab saya tak pernah ada pengalaman macam ni.

Ok bila dalam wayang tu tetiba dia rapatkan bahu dia dengan bahu saya dan letak tangan dia atas paha saya.

Saya terkejut gila. Saya jauhkan sikit badan saya dari dia dan saya cakap saya tak selesa.

Lepas tengok wayang, waktu balik dalam kereta dia makin nak menggatal. Cuba nak sentuh saya, nak sentuh pipi, nak sentuh hidung. Dia langsung tak hormat saya.

Saya dah pesan jangan buat sentuhan fizikal dengan saya. Saya tak sangka dia berani bertindak macam tu sebab kami dah beberapa kali keluar makan dia tak pernah macam tu.

Jadi, itulah kali terakhir saya keluar dengan dia. Seminggu lepas tu saya hubungi dia saya cakap saya tak nak duduk dalam hubungan macam ni. Saya nak menjaga.

Tak lama lepas tu masing-masing terus senyap. Tak ada bagi kata putus ke apa, tak ada block.

Hanya masing-masing senyap tak berhubung, tiada mesej atau panggilan telefon. Sejujurnya saya lebih bahagia begini.

Lepas ni saya akan lebih berhati-hati bila berkawan dengan lelaki dan juga lebih memilih.

Baca juga: “13 tahun aku uruskan semua, suami tak habis ambil bahan terlarang, aku bertahan sebab fikir anak je…”