Ada sebab mengapa pasangan berkahwin lebih selesa tinggal berasingan dengan mentua, untuk memastikan pasangan ada privasinya.
Ini tidak bila jaga ibu bapa, pasangan pula dilayan bak hamba, dipaksa untuk mengikut selera mentua.
Buat wanita ini, dia tidak pernah marah apabila suaminya mengambil alih tugas menjaga ibu mentua selepas kematian bapa mentua, namun ada perkara yang disenanginya.
Di bawah adalah kisah yang dimuat naik menerusi satu portal luahan perasaan atas talian.
Aku dah kahwin dengan laki aku lebih kurang 13 tahun, anak bongsu lelaki, satu-satunya anak lelaki dalam kleuarga.
Bila dah satu-satunya anak lelaki mesti korang dah faham kan, segala tanggungjawab yang berat-berat jatu kepada suami.
Contoh macam bawa ibu mentua aku pergi hospital kalau ada check up atau sakit, urusan rasmi semua laki aku la kena uruskan.
Jadi aku sebagai menantu perempuan fahamlah, tak ada lah benak sangat tentang tanggungjawab dia tu. Aku terima dengan lapang dada.
Sebelum tu lupa nak bagitahu yang ibu mentua aku ni balu, penerima pencen dan ada rumah tempat kediaman sendiri hasil peninggalan bapa mertua aku yang dulunya penjawat awam.
Suami aku ada dua orang kakak suri rumah yang selalu nak suruh suami aku iaitu adik diorang ni buat semuanya untuk mak mereka ni.
Contoh kalau balik kampung mesti kami yang kena bawa naik kereta, macam benda tu kewajipan,.
Mereka tak akan bawa dan akan bagi bermacam alasan untuk tak bawa mak mentua aku ni dan mak mentua aku pulak jenis yang tak nak faham masalah laki aku.
Maksudnya kalau dia nak balik mesti kena balik kampung juga, jenis orang tua yang degil dan tak nak faham masalah anak-anak. Itu baru satu contoh.
Walaupun mak mentua aku ni tinggal dengan kakak ipar aku dekat rumah peninggalan bapa mentua.
Ipar asyik suruh mentua duduk dengan aku
Kakak ipar aku selalu cari alasan untuk suruh ibu mentua ni datang dan tinggal dengan kami kadang-kadang dalam setahun tu, dua bulan la juga dia tinggal dengan kami.
Aku ni mak bekerja, walaupun aku rasa menyampah dan rimas sebab mak mentua aku ni jenis yang manja.
Dia sebolehnya nak dilayan macam tetamu dan kerja dia meniarap sambil tengok telefon je sepanjang hari. Dia selalu bagi alasan kaki dia sakit, bila jalan terhencot-hencot.
Tapi Ironiknya, bila x-ray tak de pun tulang patah ke ape. Aku memang pelik dan ajaib. Aku tak tahu la kalau selama tujuh ke lapan tahun ni dia berlakon atau buat-buat sakit.
Dahlah duduk berbulan-bulan, nak dilayan macam tetamu pulak. Pinggan dia makan pun tak boleh nak angkat letak dekat sinki, basuh apatah lagi.
Sebagai menantu dan tuan rumah, aku rasa kesabaran akan menipis bila asyik terpaksa melayan mentua.
Makan pula perlu ditanya, kalau aku order ikut kesesuaian menu untuk aku dan anak-anak dia akan makan tak habis, kadang-kadang sombong langsung tak sentuh pun.
Kesabaran semakin teruji masa mengandung
Sampai satu masa ni, dia datang dikala aku mengandung 32 minggu. Dah sarat sangat dan aku memang tak ada mood nak layan peel dia yang cerewet,
Disebabkan kakak ipar aku nak kemas bilik dia dekat rumah tu yang dah macam sarang tikus disebabkan sikap dia juga yang selalu nak harapkan orang lain kemas untuk dia.
Mak mentua aku ni memang bukan jenis yang pembersih, segala selimut telekung memang selalu dia longgok je.
Kadang-kadang makan dalam bilik dengan plastik dan kertas tu dia longgok je tepi katil. Dia nampak aku ni macam tak ada perasaan.
Dengan perut besar buat kerja rumah dan ditambah dengan aku kena jaga makan pakai dia.
Suami aku memang jenis yang tipikal, nak tunggu dia tolong aku basuh baju tu susah, tambah mengikut sangat perang mak dia.
Suami aku tahu perangai mak dia tu memang la sangat buruk, tapi alasannya seburuk-buruk perangai mak mentua aku, dia tetap mak dia, syurga dia.
Bila maknya datang, kami akan bergaduh sebab aku dah penat mental dan fizikal, mana nak kerja, nak layan orang tua tu lagi, serabutlah.
Baca juga: Bukan biasa-biasa! Pemilik banglo 3 tingkat sewakan rumah kepada pelajar IPT, caj RM550 sekepala