Masih ada individu yang tidak mahu bertanggunjawab selepas melakukan maksiat malah memilih orang yang suci sedangkan dirinya penuh kekotoran.
Baik lelaki mahupun perempuan perlu sedar melakukan maksiat ini seronoknya hanya seketika, sampai satu tahap kita akan ditinggalkan demi yang lebih baik.
Seorang wanita berusia awal 30-an berkongsi kisah dukanya selepas pernah menjadi mangsa rogol sepupu kemudian dipertemu dengan lelaki yang mengambil kesempatan atas dirinya.
Di bawah adalah kisah yang dimuat naik menerusi satu portal luahan perasaan atas talian.
Aku anak sulung daripada lima beradik. Zaman kecil kena maki hamun dengan ayah adalah satu perkara biasa.
Ayah pilih untuk sayang anak yang pandai sahaja, jika kurang maka terlihat beza cara layanan.
Aku juga mangsa rogol sepupu, kene intai semasa mandi dan cabul. Aku jadi trigged dan gangguan emosi setiap kali teringat kerana aku pendam dan tidak meluah pada sesiapa.
Bila aku dewasa, baru aku paham perasaan aku selama ini disebabkan trauma. Aku ada PTSD, anxiety dan panic attack.
Bila dah habis belajar diploma, aku mula bekerja di ibu kota. Aku juga mula tanggung keluarga memandangkan aku anak sulung. Tanggungjawab aku amatlah besar.
Alhamdulilah ketika itu aku masih lagi seorang budak kampung yang pergi kerja dan balik kerja sahaja.
Dari sekolah sampailah ke Universiti aku tidak ada teman lelaki kerana bagi aku, aku perlu fokus untuk belajar dan aku benci lelaki. Bagi aku semua lelaki adalah sama.
Sampai lah bila aku kerja luar negeri, aku berkenalan dengan seorang lelaki. Kami berjumpa melalui applikasi online.
Pada ketika itu aku berumur 23 tahun, dan bila selalu mesej dengan dia. Hati aku jadi cair apatah lagi bila dia layan aku dengan baik.
Dia tahu aku ada trust issue dengan lelaki dan dia bijak ambik hati aku. Kami bercinta sehingga 8 tahun. Bercinta jarak jauh memandangkan aku di ibu kota.
Aku adalah orang yang sangat bahagia. Tersangat bahagia apatah lagi waktu kecil aku kurang kasih sayang seorang ayah.
Tahun ketiga kenal mula sentuh-sentuh
Kami jarang berjumpa dan setahun hanya dua ke tiga kali sahaja. Tahun ketiga, setiap kali berjumpa bermulalah episod sentuh anggota badan.
Pada mulanya aku menepis dan menjerit sekuat hati kerana aku mula teringat aku dirogol dulu.
Tapi setiap kali dipeluk dan aku rasa kasih sayang, aku cair dengan nafsu dan hasutan saitan. Belum sampai ke tahap berzina kerana aku takut. Namun dosa tetap dikira dosa.
Semuanya berjalan dengan baik sehinggalah tahun kelima kami bercinta, aku mula bertanyakan soal kawin.
Aku faham ketika itu dia masih belum dapat mengumpul duit dan aku pun mengajak untuk simpan bersama. Namun itu semua hanya angan mat jenin.
Setiap tahun pasti hubungan akan on off. Putus sekejap lepastu bercinta semula dan setiap kali bercinta kami buat dosa. Kalau tak jumpa, lunaskan hajat dengan video call.
Aku pula makin hanyut dengan dosa tetapi masih lagi solat dan mengaji. Setiap kali lepaskan nafsu, aku rasa bersalah dan menyesal.
Baru terdedah perangai sebenar
Sampai lah tahun kelapan bersama, kami ambil masa yang lama berpisah. Itu pun disebabkan baru aku dapat tahu selama ini dia kaki judi, kaki minum arak, tidak solat.
Aku pun mula kembali kepada Allah, mengikuti semula kelas pengajian dan ketika itu diuji dengan sakit.
Dalam hidup, akan ada satu titik turning point kepada Allah dan pada ketika itu kita akan pulang dengan jiwa yang rapuh dan patah.
Walaupun sayang tetapi aku tinggalkan dia demi agama. Sewaktu hidup dengan maksiat, jiwa aku kosong dan tidak tenang.
Aku mohon kepada Allah untuk beri dia hidayah agar dapat hidup bersama semula dengan taubat yang baru.
Aku solat istikarah untuk rasa sayang dan hubungan seterusnya jika aku nak kembali bersama semula.
Dapat petunjuk
Dalam mimpi istikarah ku, dia memilih wanita lain dan berjalan pergi tinggalkan aku. Setiap kali istikarah, mesti Allah tunjuk yang dia bersama wanita lain.
Aku hanya tahu dia bertunang sebab adik tirinya maklumkan pada aku, masa tu hancurnya hati sampai aku masuk wad.
Lapan tahun dia dengan aku, segala maksiat kami buat tapi dengan perempuan tu tak sampai setahun terus dia nak bertunang.
Macam tu sahaja dia gunakan aku, aku reda dan kembali ke jalan Allah, mungkin ada yang lebih baik buat aku.
Baca juga: “Aku sudah penat tanggung ‘nafkah’, suami culas dengan alasan nak isteri berdikari”