Cara cepat nak hapus rumput liar dalam masa dua hari, guna 3 bahan sahaja!

Oleh MAISARAH AISYA

Bila musim hujan ni mesti rumput tumbuh dengan jayanya, tambah yang jenis tanah pula luas maka penuh dengan kehijauan,

Tapi bila rumput dah tinggi tapi keupayaan nak potong rumput pula tiada maka pastinya orang-orang tua akan bimbang takut ada ular dan sebagainya.

Jadi ikutilah cara paling mudah nak hapuskan rumput dengan menggunakan tiga bahan sahaja seperti dikongsikan pengguna Facebook, Harun Arun.

DIY racun rumput

Bahan-bahan:

  • Racun sebungkus
  • 3 sudu besar sabun cuci pinggan
  • 2 liter air paip
  • Botol penyembur

Cara-cara:

  1. Bancuhkan semua tiga bahan di atas sehingga larut.
  2. Kemudian masukkan ia ke dalam satu botol penyembur besar.
  3. Semburkan pada rumput yang ada disekitar rumah.
  4. Selepas dua hari boleh lihat hasilnya, rumput akan mati dan laman tampak bersih.

Antara bahan lain yang boleh mematikan rumput liat adalah garam, cuka, baking soda, dan juga air mendidih.

Cuka

Semburkan cuka terus ke rumput liar, pastikan jauh daripada segala tanaman lain kerana cuka boleh mematikan tanaman anda.

Air panas

Ramai tak tahu air panas juga boleh mematikan rumput dengan mudah. Hanya didihkan air dan tuang semasa ia masih panas.

Cara ini sesuai untuk menghindarkan rumput liar yang tumbuh di antara batu bata atau paving block.

Baca juga: Baru tahu tempurung kelapa boleh lembutkan isi ayam pencen, senang nak masak rendang nanti!