“Tak ada siap paksa” – Cliff Umar akui salah sendiri terjebak dalam kes penyalahgunaan dadah

Oleh MAISARAH AISYA

Sudah banyak artis terjebak dalam kancah dadah, malah ada merosakkan karier seni demi ‘kebahagiaan’ yang hanya sementara.

Nama naik selepas menyertai rancangan realiti Gegar Vaganza musim ke-7 hingga bergelar juara, Cliff Umar akui salah sendiri kerana terjebak dengan dadah.

Penyanyi berusia 42 tahun ini berkongsi semula mengenai kejadian pada Mei lalu apabila terlibat dalam kes penyalahgunaan dadah dalam hantaran di Instagram.

“Ini adalah permulaan baru, macam-macam tenga jadi dalam kehidupan saya. Semua tahu bicara kes yang dah selesai, kena denda.

“Memang salah saya, bukan ada orang pun paksa saya untuk hisap dadah,” ujarnya dalam video yang dimuat naik di Instagram.

Tambahnya apa yang terjadi tidak mematahkan semangatnya untuk terus berjuang demi kehidupan lebih baik.

“Tidak kiralah apa yang jadi dalam kehidupan ini, sama ada menggegarkan pentas suatu hari nanti atau berjuang untuk mencukupkan hidup sebagai penunggang Gojek.

“Walaupun begitu, kehilangan agama saya dan kehilangan cinta dalam hidup saya, Anita, akan menjadi satu-satunya perkara yang akan mematahkan hati saya menjadi sejuta keping.

“Tidak kira seberapa keras anda menolak saya, saya akan sentiasa bangkit lebih kuat dan lebih baik.

“Saya gembira dan saya berpuas hati dengan kehidupan apa adanya, sebarkan keamanan dan cinta anda semua,” ujarnya dalam hantaran berbeza.

Sebelum ini Cliff didenda sebanyak RM5,500 oleh Mahkamah Majistret Shah Alam atas pertuduhan memiliki dan memberi dadah kepada dirinya sendiri pada Mei lalu.

Cliff juga dikenakan tempoh pengawasan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) selama dua tahun.

Baca juga: “Cik Epal bukan lagi isteri saya..” – Jofliam