Abang kepada pempengaruh dan chef pizza terkenal Jofliam hari ini tampil menceritakan hal sebenar berkenaan kemelut yang berlaku pada keluarganya semalam.
Isu keluarga sehingga berlakunya perpisahan antara Jofliam dan isterinya Cik Epal semalam mencetuskan buah mulut dikalangan netizen di media sosial yang rata-ratanya memberikan pandangan masing-masing.
Berikut merupakan kenyataan abang Jofliam yang dikenali sebagai syahjofli di threads:-
“Saya sebagai abang bagi pihak keluarga ingin meminta maaf atas situasi mengaibkan ini…cuma saya sekadar untuk beri penjelasan bagi pihak keluarga..pihak keluarga tidak pernah masuk campur urusan peribadi”
“Saya masuk campur setelah post2 kemesraan ditunjukkan di insta story yg mana boleh mengundang fitnah dan memburukkan nama keluarga..perempuan masih berstatus isteri dan lelaki masih lagi dlm keputusan mahkamah..saya sebagai abg telah tegur secara baik untuk tidak post”

“Yang boleh mengundang fitnah..tetapi justification yg diberikan tidak dapat diterima oleh org yg ada pendidikan agama..ss yg diberikan adalah setelah adik saya or kakakya diugut untuk menunjukkan keluarganya biadab dlm menegur…semuanya telah diusahakan dr awal utuk tegur secara baik tapi di balas dengan ucapan2 yg bagi saya tidak beradab dr seorg adik kepada abg””
“Perkara ini sepatutnya dibincangkan di dalam keluarga dan bukannya untuk di post di media sosial…tetapi dengan angkuh mengatakan hendak bercerita juga di media sosial..untuk menampakkan ketidakadilan bagi pihak lelaki”
“..so the rest semua pun dh baca, and cerita pun dh terlondeh dengan sendirinya…nasihat saya kembalillah kepada keluarga..keluarga mana tidak sayangkan adik/abg or anak sendiri”
“…tidak berbaloi untuk trade seorang perempuan yg bagi saya amat biadab yg berstatus isteri org di media sosial fleexing seolah2 dia ahli keluarga kami..status dia hanyalah skandal berstatus isteri org yg tiada tempat di dalam keluarga.. “
Semalam Jofliam membuat pendedahan mengejutkan itu menerusi hantaran di Instagram Story pada Isnin.
Jofliam yang sedang berada di Milan, Itali untuk menyertai pertandingan Top 100 Pizza menjelaskan, statusnya ketika ini ‘bukan lagi suami’ kepada Cik Epal dan dia tidak membawa wanita itu bersamanya.
“Saya bukan lagi suami kepada Cik Epal. Saya bukan lagi suami sesiapa dan urusan saya di sini adalah demi Top 100 Pizza,” tulisnya
baca: Terkejut tahu Minyak Jungle Girl didaftar bawah kosmetik, bukan perubatan