Peniaga di Mekah puji bau badan jemaah Malaysia wangi, tak macam negara lain

Oleh ROSLAN ZAMAN

Mempunyai bau badan yang berbau boleh menyebabkan ketidakselesaan orang di sekeliling. Lagi-lagi jika kita sedang menunaikan fardhu haji di tanah haram.

Bayangkan jutaan jemaah di Mekah yang menunaikan ibadah serentak. Pelbagai bangsa dari setiap negara berkumpul untuk menunaikan rukun islam yang ke-5 ini. Semestinya pelbagai bau badan dapat dihidu apabila jutaan berada dalam satu tempat yang sama. Lagi-lagi jika berada dalam keadaan ihram.

Baru-baru ini tular video dari pemilik akaun Saiful Nang yang merakam seorang peniaga dari Turki yang memuji tentang bau badan orang Malaysia.

Menurutnya bau badan mereka tidak berbau seperti jemaah haji dari negara lain.

“Mak saya pernah ke Mekah, dia berkata jika saya berkunjung ke sana, orang Malaysia adalah orang yang paling dihormati dan mereka tidak berbau busuk seperti jemaah lain.

@rarecation Tak sangka ini sebab orang Turki suka jemaah Haji Malaysia! #travel #turki #raretv #rarecation ♬ original sound – Rarecation

“Badan orang Muslim dari negara lain kebanyakannya berbau, tetapi badan orang Muslim Malaysia lebih baik daripada bau badan orang Islam Türkiye.

“Saya ada ramai rakan Muslim dari negara Arab lain dan mereka akan memuji Muslim kami ( Türkiye) seperti dari Jordan, Lubnan. Mereka akan cakap Muslim kami lebih baik daripada mereka.

“Namun, kami pula cakap orang Islam dari Malaysia termasuk juga Indonesia, mereka lebih baik daripada kami,” jelas lelaki tersebut

baca: Sejak mula berlakon sampai sekarang Beto tak pernah ada kelab peminat tapi ‘job’ tak pernah putus