Seharusnya ibu bapa lebih mengawal gaya percakapan anak-anak, hanya kerana mereka masih muda bukanlah tiket untuk mengutuk fizikal orang lain.
Ini tidak kebanyakan ibu bapa mengambil senang hal tersebut sedangkan mangsa mengalami trauma disebabkan kata-kata negatif.
Buat pelakon Ummi Nazeera, dia juga pernah menjadi mangsa buli ketika berada di sekolah rendah oleh seorang pelajar lelaki.
“Dulu ketika usia 11 tahun, bentuk badan saya agak berisi dan tinggi. Memang ada orang yang body shaming saya ketika itu dengan memanggil godzilla.
“Mereka yang bercakap itu budak lelaki. Sebenarnya badan saya tidaklah begitu besar cuma saya tinggi saja, tetapi tidak gemuk sangat,” katanya seperti dipetik Kosmo! Online.
Tegas pelakon berusia 34 tahun itu, perbuatan buli atau menyindir itu mampu memberi kesan buruk kepada mangsa sekiranya tidak ditangani dengan baik.
Meskipun dibuli, ia tidak mematahkan semangat Ummi untuk berubah dan mengambil pendekatan untuk kurus.
“Saya tidak memberi sebarang reaksi terhadap individu terbabit, tetapi membuat perubahan dan buktikan terhadap diri saya sendiri.
“Waktu itu ejekan tersebut mengganggu keyakinan diri saya terutama usia yang masih muda ketika itu.
“Tetapi disebabkan saya memiliki seorang abang yang berada di sekolah yang sama dapat melindungi saya.
“Jadi perkara itu tidaklah begitu mengganggu saya sehingga tidak mahu ke sekolah,” jelasnya.
Kini Ummi mengakui gembira dengan tubuhnya yang berada dalam BMI (Indeks Jisim Badan) normal malah ramai meminta nasihatnya untuk turunkan berat badan.
Baca juga: “Kau tak payah nak jumpa dia”, Datuk Red cemburu Adira ‘photoshoot’ dengan Fattah Amin?