Mudah je nak buka ‘outlet’ Mixue, pemuda dedah berapa anggaran kos diperlukan

Oleh KIM SYAZIE

Seorang pempengaruh TikTok mendedahkan berapa anggaran kos yang diperlukan untuk membuka sebuah cawangan Mixue, iaitu perusahaan yang menjual aiskrim sebagai produk utama dan minuman berunsurkan teh.

Pempengaruh dikenali sebagai @Zarif Azrie berkata, modal permulaan untuk membuka Mixue memerlukan sekurang-kurangnya RM300,000.

Ia merangkumi kos barang-barang, renovasi, deposit sekuriti dan yuran tanda dagangan.

Tetapi anggaran kos itu masih bergantung kepada lokasi pembukaan cawangan Mixue.

Manakala kos bulanan Mixue seperti bahan-bahan, bil, gaji dan sewa, dianggarkan mencapai sekitar RM20,000 hingga RM30,000.

Oleh itu, sesebuah cawangan Mixue perlu mengekalkan prestasi jualan sebanyak RM45,000 hingga RM60,000 setiap bulan.

Macam mana nak tahu pelaburan cawangan itu “balik modal”?

Setiap Return Of Investment (ROI) atau pembalikan modal pembukaan sesebuah cawangan itu bergantung sepenuhnya kepada hasil jualan bulanan.

Menurut Zarif,  jika hasil jualan bulanan konsisten sebanyak RM50,000 setiap bulan, maka anda akan dapat untung bersih sekitar RM20,000 atau RM30,000.

Bagaimanapun, pembalikan modal akan mengambil masa sekitar sekitar 16 ke 18 bulan bergantung kepada hasil jualan.

Baca juga: “Aku tengah pantang dengan baby, mak mentua selamba masuk rumah guna kunci pendua, hilang privasi…”