Rupanya senang nak buat tepung goreng serbaguna di rumah, jimat duit!

Oleh MAISARAH AISYA

Bagi yang suka menggoreng ayam ala KFC mesti tahu betapa mahal tepung goreng serbaguna yang ada di pasaran.

Apatah lagi buat mereka yang baru berjinak dan menjual ayam goreng pada harga murah di kawasan perumahan.

Kalau kerap sangat beli tepung goreng serbaguna tu mahu habis duit, harga sama mahal dengan nak beli ayam yang dah siap goreng.

Ikuti perkongsian pengguna Facebook, Hayatie Nor Hayatie tentang cara mudah buat tepung goreng serbaguna dmenggunakan bahan di rumah.

“Saya kongsi resipi bahan perapan simple rasa sedap macam ayam KFC original. Jimat kos dan masa tak perlu lagi beratur nak beli dekat kedai.

Cara buat tepung goreng serbaguna

Bahan-bahan:

  • 1/2 peket tepung gandum
  • 1 peket tepung beras jati
  • 1 peket tepung jagung cap bintang
  • 1 peket kecil serbuk kari ayam/daging
  • 1 peket kecil serbuk kunyit
  • Garam dan serbuk perasa.
  • Serbuk cili (kalau nak pedas letak lebih tak nak pedas letak sedikit.)

Cara-cara:

1. Campur kesemua bahan di atas ke dalam satu bekas.

2. Pastikan gaul ia hingga sebeati.

3. Kemudian masukkan ke dalam bekas yang bertutup.

Selesai! Tinggal nak beli ayam dan perap sahaja sebelum goreng di rumah, jimat belanja bulanan.

Baca juga: Baru tahu kentang boleh tahan 2 bulan kalau tak masak, jimat kalau ikut 7 tip ni!