Tular beberapa hari ini klip video pendakwah terkenal Indonesia, Gus Miftah yang menghina penjual minuman dalam satu ceramah di sana.
Bukan hanya itu, terlihat juga beberapa orang di atas pentas yang sakan bergelak tawa selepas melihat penjual minuman itu dilabel bodoh oleh Gus Miftah.
Disebabkan itu Gus Miftah meletakkan jawatan sebagai Utusan Khas Presiden Prabowo Subianto lapor portal berita DetikJogja.
“Hari ini dengan segala kerendahan hati dan ketulusan dan dengan penuh kesedaran, saya ingin sampaikan sebuah keputusan yang telah saya renungkan dengan sangat mendalam.
“Saya memutuskan untuk mengundurkan diri daripada tugas saya sebagai Utusan Khas Presiden Kerukunan Beragama,” ujar Gus Miftah seperti dipetik DetikJogja.
Dikatakan bahawa kejadian tersebut berlaku dalam satu ceramah di Magelang, Jawa Tengah, bulan lalu.
Pak Sun dilihat membawa air teh ais untuk dijual meskipun dalam keadaan cuaca yang sedang hujan demi sesuap nasi.
Meskipun sudah bermaafan, namun video itu juga dikecam kerana dilihat Gus Miftah seolah-olah menunjukkan gaya orang tidak bersalah.
Terlihat juga Pak Sun mendapat perhatian ramai selepas kejadian tersebut tular dan dia dikatakan sudah berangkat untuk menunaikan umrah di Tanah Suci Makkah.
Baca juga: Jana pendapatan hampir RM60k setahun, lelaki pilih sertai IPR INSAN lepas hilang pekerjaan