Ingatkan peroleh durian runtuh, sekali tidak terduga rupa-rupanya kenderaan mewah terpakai yang dijual pada harga sangat murah ada cerita perit di sebaliknya.
Seorang peniaga kosmetik berusia 30-an dikatakan telah tertipu dengan seorang penjual kereta terpakai kerana terbeli kereta jenis BMW 530e dengan harga sangat murah berbanding harga pasaran iaitu RM70,000 sahaja.
Menurut Harian Metro, penjual berkenaan langsung tidak memberitahu bahawa kenderaan itu merupakan kereta yang ditenggelami banjir.
Itupun terbongkar hanya selepas wanita terbabit merasakan sesuatu yang lain kerana kereta itu rosak setelah seminggu digunakan.
Kerosakan tersebut dikatakan berpunca dari bahagian enjin.
Apabila ditanya, jurujual syarikat kereta terpakai itu memberi pelbagai alasan dan enggan bertanggungjawab.
Malah jurujual terbabit meminta tambahan RM23,000 bagi kos baik pulih enjin dan menyelesaikan masalah berkenaan.
Malangnya masalah sama berulang beberapa bulan berikutnya apabila kereta wanita itu mengalami kerosakan hingga terpaksa ditunda di lebuh raya.
Lapor portal itu lagi, mangsa yang menyiasat latar belakang pemilik kenderaan itu tambah terkejut apabila mendapati kereta itu pernah tenggelam dalam kejadian banjir di Kota Tinggi, Johor beberapa tahun lalu.
Baca juga: Baru tahu sebab Anwar selalu bersongkok ke luar negara