Jangan gelisah kad bank hilang, guna cara ini je untuk keluarkan duit dari Maybank

Oleh KIM SYAZIE

Tahukah anda Maybank telah memperkenalkan ciri terbaru yang sangat mudah hanya guna kod QR pengguna Maybank MAE boleh keluar wang tanpa kad ATM, ia sangat mudah dan cepat.

Terkini, Maybank hadir dengan sebuah ciri baharu dinamakan sebagai ATM Cash-Out membolehkan pengguna untuk mengeluarkan duit daripada mesin ATM tanpa menggunakan kad ATM, sebaliknya hanya mengimbas kod QR.

Untuk makluman, sebelum ini Maybank turut pernah hadir dengan ciri mengeluarkan duit tanpa kad ATM, tetapi menggunakan pengesahan berasaskan kod SMS. Tetapi, dengan ciri ATM Cash Out ini, ia dilihat lebih mesra pengguna.

Untuk menggunakannya, pengguna terlebih dahulu perlu aktifkan ciri ATM Cash Out pada aplikasi MAE. Pengaktifan ini akan mengambil masa sekitar 24 jam sebelum dapat digunakan.

Selepas diaktifkan, anda boleh ke mana-mana mesin ATM yang menyokongnya, dan seterusnya mengimbas kod QR pada skrin ATM berkenaan. Seterusnya, anda boleh lakukan pengesahan dan mengeluarkan duit terus daripada ATM.

Untuk ATM Cash Out ini, ia memerlukan pin atau pengesahan biometrik untuk pengeluaran bawah RM1000, dan untuk lebih daripada itu, ia perlu disertakan bersama pengesahan Secure2U.

Baca juga: Lagi senang guna ‘air fryer’, ini cara nak masak ikan keli, tambah satu bahan ‘confirm’ padu!