Kebanyakan individu sekarang masih tergamak melakukan hubungan seks bebas meskipun sudah mempunyai pasangan yang halal.
Lebih menyedihkan sikap penting individu tersebut menyebabkan pasangan turut mendapat penyakit kelamin walaupun sudah menjaga batas.
Menerusi Harian Metro, seorang wanita dikenali sebagai Zana berkongsi kisah lampau suami yang kerap melakukan hubungan seks dengan wanita lain hingga dia menghidap HIV positif.
Wanita berusia 40-an itu mengetahui suaminya ada hubungan terlarang dengan wanita lain selepas melahirkan anak sulang.
Namun hanya selepas kelahiran anak keduanya pada 18 tahun lepas sahaja baru dia mengetahui dia menghidap penyakit tersebut.
Kisah tersebut dikongsikan Zana kepada Pengerusi Cancer Survivors Malaysia (CSM) Zuraini Kamal.
Jelasnya, dia dimaklumkan terdapat biji kecil pada alat kelamin dan melakukan pemeriksaan lanjut di klinik berhampiran sebelum disahkan menghidap HIV positif.
“Saya tahu selepas melahirkan anak kedua ketika menjalani pemeriksaan kesihatan malah ketika itu masih menyusukan anak bongsu saya itu.
“Sejak itu saya terpaksa menjalani rawatan susulan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar sampailah sekarang.
“Anak kedua saya pula disahkan menghidap kanser tetapi saya bersyukur kerana dia tidak positif HIV,” katanya seperti dipetik Harian Metro.
Pada masa sama dia memaklumkan dia mengurung diri dalam rumah sepanjang lima tahun pertama kerana malu bertemu jiran namun dia diterima kerana itu bukanlah kesalahannya.
“Saya terpaksa lalui kehidupan ini walaupun perit dan mendapatkan rawatan susulan di hospital dalam tempoh yang panjang.
“Namun saya bersyukur kepada Allah SWT kerana dua anak saya yang berusia 20-an dan 18 tahun bebas dari penyakit itu.
“Saya redha dengan apa yang berlaku namun menasihatkan wanita yang baru disahkan HIV positif supaya jangan takut untuk hadapi kenyataan ini dan teruskan rawatan di hospital.
“Kalau ikutkan boleh mengganggu perasaan kerana bukan kita yang salah sehingga boleh dijangkiti penyakit HIV ini,” katanya.
Baca juga: Lelaki warga emas kantoi khalwat, bagi alasan penat sambut tahun baru