Sebaran isu 3R (agama, bangsa dan institusi diraja) jika dipanjangkan boleh menyebabkan perbalahan besara antara kaum.
Tidak salah memberi pendapat atau mengkritik namun harus diingatkan untuk tidak menjadikan isu 3R sebagai satu provokasi.
Menerbitkan penerbitan menghasut di aplikasi X yang menghina Yang di-Pertuan Agong, minggu lalu, peniaga gerai makan akkhinua didenda RM3,000 oleh Mahkamah Sesyen Johor Bahru lapor Harian Metro.
Tertuduh Zaidi Mat Sah membuat pengakuan bersalah di hadapan Hakim Hazeelia Muhammad dan beliau memerintahkan tertuduh dipenjara tambahan enam bulan jika gagal membayar denda.
Mengikut pertuduhan, tertuduh berusia 56 tahun itu didakwa menerbitkan penerbitan menghasut apabila membuat satu hantaran di aplikasi X.
Tertuduh yang membaca kenyataan pembelaannya merayu mahkamah mengenakan hukuman ringan kerana hanya bekerja sebagai penjaja makanan tepi jalan.
Selain itu dia juga terpaksa menanggung keluarga termasuk ibunya yang uzur selain anaknya yang disahkan menghidap autisme.
“Saya mengaku salah dan terkhilaf selain tidak sedar kesalahan dilakukan ini menyentuh 3R.
“Hantaran itu bukanlah ayat karangan sendiri kerana saya hanya ‘repost’ selepas ‘copy paste’ ayat berkenaan. Saya tidak sedar kesan tindakan itu.
“Saya mohon maaf dan berjanji tidak akan mengulangi lagi perbuatan ini. Saya merayu hukuman ringan dan tidak mampu dipenjarakan kerana hanyalah penjaja makanan di tepi jalan.
“Ini menjadi satu-satunya sumber pendapatan keluarga termasuk perlu menanggung ibu yang uzur dan anak autisme,” katanya.
Kes dikendalikan Pengarah Pendakwaan Negeri Johor, Abdul Ghafar Abdul Latif manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Hakim kemudian menjatuhkan hukuman denda RM3,000 terhadap tertuduh dan memerintahkan tertuduh dipenjara tambahan enam bulan jika gagal membayar denda.
Baca juga: Pengerusi dedah ada individu yang sudah pencen tapi masih tak bayar lagi pinjaman PTPTN