Meskipun kebanyakan selebriti gemar berkongsi kisah percintaan dengan khalayak ramai, masih ada yang lebih selesa untuk sembunyikan kekasih hati.
Buat penyanyi Amira Othman, dia akhirnya membuka rahsia bahawa pernah merancang untuk berkahwin terhenti di pertengahan jalan.
Jelasnya, dia dan bekas kekasih memilih untuk tidak berkongsi hal peribadi dan menganggap ia ketentuan Allah apabila hubungan mereka berakhir lapor Harian Metro.
“Saya mengalami fasa yang tidak mudah dalam perjalanan cinta saya. Tapi saya pilih untuk tidak berkongsi sebab saya juga ingin menghormati pihak lagi satu kerana kami ada hubungan yang baik.
“Saya tidak bergaduh atau apa-apa. Biarlah jadi rahsia siapa dia tapi saya pilih untuk tidak kongsi sebab saya rasa nanti macam-macam pendapat. Saya nak hidup tenang.
“Saya yakin bila saya dah rancang tapi benda itu tak jadi, itulah yang terbaik. Walaupun waktu itu sedih atau sakit, biasalah putus cinta tapi saya yakin itulah yang terbaik dan saya reda. Jadi saya tak nak sebut-sebut,” seperti dipetik Harian Metro.
Pada masa sama, dia mengakui kurang gemar berkongsi kisah peribadi dan lebih selesai merahsiakan ia daripada peminat dan orang ramai.
“Sebenarnya baru-baru ini saya tengok balik podcast saya dengan Amylea Azizan, ada orang repost balik lagu cover version saya Jangan Ada Benci. Memang itulah ceritanya.
“Saya memilih jalan untuk jadi perahsia. Malas nak kongsi lebih-lebih sebab saya rasa bila saya kongsi akan ada macam-macam pendapat.
“Saya menerima sahaja pendapat orang tapi saya tak nak pening. Pasal kisah cinta saya thrill juga tapi saya tak pilih untuk expose. Saya yakin ujian itu adalah baik untuk saya,” tambahnya.
Baca juga: Tak payah dah ikut ‘office hour’ untuk berurusan dengan kerajaan, guna je Kiosk Sentuhan MADANI ini