Janganlah disebabkan gaji isteri melebihi suami maka dengan senangnya segala tanggungan di jatuhkan kepada bahu pasangan.
Seharusnya capai kata sepakat untuk keharmonian keluarga apatah lagi perkahwinan juga tidak sampai berpuluh tahun lagi.
Seorang wanita meluahkan rasa kecewa dengan sikap suami yang melepaskan tanggungjawab ke atas bahunya.
Di bawah adalah luahan dari portal luahan perasaan atas talian, IIUMC.
Aku dan suami berkahwin atas dasar suka sama suka. Usia perkahwinan baru nak menginjak dua tahun anak pon masih bayi.
Pekerjaan aku dan suami daripada segi gaji sangat lah berbeza. Gaji aku berganda besar dari suami.
Masa awal berkahwin suami setuju untuk bayar barang dapur separuh, rumah separuh. Yang lain komitmen semua aku bayarkan.
Aku tak kisah pon asalkan dia mahu tunaikan juga nafkah waima rm1 pon aku dah cukup happy.
Walaupun aku tak pernah dapat nafkah keperluan diri tak apa lah aku pejam mata sebab aku ada duit sendiri. Tapi tu semua bertahan 3-4 bulan saja. Lepas itu semua dia minta pakai duit aku.
Aku tengah mengandung pun terpaksa kerja walaupun aku alami alahan yang teruk. Ikutkan hati aku nak cuti tanpa gaji sebab aku dah tak larat sangat.
Simpanan aku bolehlah nak tanggung komitmen aku saja tapi dia minta aku terus kerja. Aku memang banyak makan hati semasa mengandung.
Hari-hari aku berendam air mata sampai kerap keluar masuk hospital. Doctor sampai suspect aku tekanan tapi aku tak mengaku pon.
Aku cuma mintak nak rehat satu dua bulan saja dekat suami. Tapi dia memang langsung tidak ada belas ehsan. Duit 1 sen pon kedekut nak keluar untuk aku.
Bila aku tanya pasal nafkah dia mesti melenting. Keluarga dia background orang beragama. Solat dia cukup lima waktu tapi kenapa bab nafkah dia cukup berat dengan aku?
Sekarang dah ada anak. Kelengkapan anak a to z aku sediakan. Bil hospital tak payah sebut lah memang duit aku sepenuhnya. Padahal masa awal pregnant dia janji nak bagi dekat aku.
Aku memang fikir nak berpisah saja sebab macam tanggung biawak hidup. Dia kerja, duit dia pergi mana aku pon tak tahu. Komitmen dia ptptn saja. Insurance anak pon aku sediakan.
Aku perlukan pendapat macam mana nak cari jalan penyelesaian untuk isu ni. Berbuih dah mulut aku cakap pasal nafkah. Alasan dia gaji kecil.
Aku selalu baca kisah isteri share gaji suami RM1k++ tapi seboleh mungkin suami cuba tunaikan apa yang patut. Bukan besar atau kecil jumlah nya tapi tuntutan agama tu yang menjadi soalnya sekarang.
Aku bukanlah alim sangat tapi sebodoh aku pun aku tahu hukum agama juga. Aku kalau boleh tak nak berpisah sebab kesian sangat dekat baby kecil aku ni.
Bab jaga anak dia okay tak culas tapi bab duit ni memang teruk semua aku nak kena sedia. Habis tu baik aku saja jadi suami.
Actually banyak lagi tanggungjawab yang lain dia tak tunaikan tapi aku masih boleh tolak ansur tapi bab nafkah ini aku memang tak bole terima.
Orang yang agama lebih tinggi dari aku tapi bila sampai benda yang wajib dekat isteri dia seakan jadi orang buta.
Dia selalu cakap dekat aku takut dosa tinggal solat tapi dia tak tahu ke culas nafkah berdosa juga. Bila cakap pasal hukum nafkah dia mesti berdalih.
Baca juga: Anak tergamak letak bapa dekat kandang lembu, hantar ke halaman rumah orang tua