Wanita luar negara pelik kenapa rakyat Malaysia tinggalkan ‘google reviews’ untuk tanah perkuburan

Oleh KIM SYAZIE

Seorang wanita dari Singapura mencuri tumpuan ramai selepas baru-baru ini meluahkan rasa hairan apabila menemui tentang tanah perkuburan di Malaysia.

Wanita itu pelik mengapa tanah perkuburan di negara ini mempunyai review seolah-olah ia adalah tempa pelancongan.

“Mengapakah tanah perkuburan di Malaysia mempunyai Google Reviews?,” soalnya di Threads.

Dia turut menyertakan beberapa tangkap layar ulasan yang ditinggalkan oleh pengunjung yang pernah datang ke kubur berkenaan.

Lebih menarik lagi apabila melihat tanah perkuburan Islam Ukay Perdana menerima rating setinggi 4.4 bintang yang mana seolah-olah menggambarkan bahawa pengunjung sangat berpuas hati dengan lokasi tanah perkuburan berkenaan.

Wanita itu bagaimanapun menyimpulkan jika pihak MPAJ sedia membaca ulasan yang ditinggalkan oleh orang ramai dan bakal mengambil tindakan berdasarkan aduan yang diterima.

Melihat kepada ulasan dengan rating rendah yang mengatakan pengunjung terpaksa mengharapkan diri bernasib baik untuk dapat ruang sewaktu ziarah membuatkan dia terpana seketika dek mungkin kerana di negaranya tidak sebegitu.

Susulan itu, ada sebahagian netizen memberi pandangan bahawa ulasan tersebut sangat penting buat orang ramai untuk mengetahui serba sedikit tanah perkuburan yang bakal dilawati.

Sebahagian netizen turut mendedahkan dengan ulasan ini juga boleh memberitahu yang sesebuah lokasi tanah perkuburan masih beroperasi kerana ada kalanya wujud tanah perkuburan yang sudah tidak terpelihara dan gagal dikesan.

Baca juga: “Solat cukup 5 waktu, bila aku ungkit soal nafkah terus suami melenting”