Wanita ngeri lihat anak sunat tradisional tahan sakit, pesan ibu bapa bawa berkhatan cara moden

Oleh WAN SITI AMINAH

Baru-baru ini tular satu perkongsian daripada seorang ibu mengenai pengalaman menghantar anak lelaki keduanya untuk berkhatan secara tradisional di atas permintaan kanak-kanak berkenaan.

Namun betapa terkejutnya wanita itu apabila mendapati anaknya disunat tanpa bantuan bius sehinggakan kanak-kanak berkenaan menggigil menahan kesakitan selepas menjalani prosedur tersebut.

Wanita itu mengakui mulanya bercadang membawa anak keduanya berkhatan di klinik seperti abang sulungnya dahulu namun kanak-kanak terbabit lebih memilih untuk bersunat secara tradisional bersama rakan-rakannya.

“Pada 19 Januari lalu, anak saya bersunat beramai-ramai. Dia nak rasa seronok mandi air semburan bomba dengan kawan-kawan. Tetapi sunatnya tanpa bius ya, buat dengan Tok Mudim. Kanak-kanak ada seramai 74 orang semuanya.

“Bayangkan macam mana kanak-kanak ini menjerit-jerit kesakitan. Anak zaman dahulu, ada cara tradisional yang buatkan mereka merasa kebas. Tetapi kali ini tiada. Hanya sekadar diberi makan ubat 1 biji dan sembur apa, saya tak pasti.

“Selepas bersunat, Tok Mudim letak ubat berwarna coklat. Macam daun atau tanah liat, tetapi saya tak pasti. Dekat bawak mereka letak tisu dan angkat anak-anak ini di toto masing-masing yang dialas surat khabar,” kongsinya.

@mas_3ns

Assalamualaikum Ibu ayah semua jadikan kisah saya pengajaran untuk semua 19/1/2025 Anak Sy sunat beramai2 pada asalnya Sy nak sunat di klinik sbb abg dia dulu dengan doktor so mudah. tapi Anak no 2 ni dia nak rasa sonok kwn ramai mandi bomba….tapi sunatnya tanpa bius ye..saya ulang TANPA BIUS…buat dengan tok mudim.. Anak2 seramai 74 org semuanya…bayangkan macam mana anak2 ni menjerit2 kesakitan…zaman dulu anak2 lain Dan ada cara tradisional yang buatkan kebas dll…tapi ini tak ada sekadar makan ubat 1 biji n sembur apa tak pasti. Selapas potong tok mudim ada letak macam ubat ke apa tak Tau warna coklet mcm daun pun ye tanah liat pun ye…tapi tk pasti…kemudian bawah tu d letak tisu…pastu angkat anak2 ni letak d toto masing2 Dan Alaskan surat khabar n tggu spi kering…. Allah je tahu keadaan masa 2.. ada 3, 4 org yang bleeding pembantu akan angkat Dan tok mudim akan jahit tanpa bius Allah meraung budak2..Umi tak sanggup dengar…ada parent spi tutu telinga… benda ni jd trauma pd anak2…percayalah…sian anak2 Kecik… jadi Anak Sy pun d cek semula n Masih ada darah yg keluar…pembantu tu letak mcm air daun kot n Anak Mula nagis lagi…pastu ok n bawak masuk dalam kereta…bleeding banyak sgt pembantu letak minyak n darah stop tp papper penuh darah spi tembus kena seat kereta… Sy ambik keputusan bawak klinik Dan doc Cuba utk bantu …mula2 ok tapi bl dia gerak bleeding semula…tapi proses tu sangat menyakitkan sbb Anak Sy menjerit meronta sakit walaupun doctor buat sehabis lembut dah sbb kesan Dr Luka sunat 2…. akhirnya doktor mintak bawa ke hospital besar penang sbb sana ada pakar Dan blh bagi tido so Anak tkkan rasa sakit n sng doktor nak buat keje.. Sy tiada pilihan utk kebaikan Anak…sampai d kecemasan alhamdulillah doctor ok baik2 lembut2 je….memang doktor tak sentuh…doktor tengok2 n ambik gambar anta pada pakar bedah…so doktor kata kena tahan wad sbb esok kita bt opretion nak jahit betulkan yg tak cantik n buang darah beku yg ada sbb dah bengkak atas dia… Esoknya 20/1/25 Anak Sy masuk bilik opretion Sy teman dia sehinggalah doktor bagi ubat tido…Dan doktor mintak keluar sbb nak masukkan tiub dalam mulut..dia tk blh nafas sendiri kena nafas pakai bantuan mesin..jadi selesai pembedahan dokor kejutkan dia n dia separa sedar baru doctor cabut tiub d mulut n pakai oksigan biasa…. Doktor panggil Sy masuk tengok Anak…n doktor kata akan pantau oksigan dia sbb drop….tapi doktor kata tunggu dulu bagi dia stabil n naik baru kita bukak oksigan bila dia boleh nafas dengan baik..masa nafas 2 dia nafas dalam n bunyi macam berdengkur kuat spi kedalam tengkuk Dia dalam masa yang sama dia menggigil sbb terlalu sejuk bilik pembedahan 2…. Doktor pasang pemanas pada badan dia….Sy sgt sgt lah risau..tapi akhirnya alhamdulillah dia stabil nafas cantik…syukur hanya Allah yg tahu betapa leganya hati seorg ibu..bila Anak dah stabil baru tolak ke wad biasa Alhamdulillah lepas opretion tu Luka dia sangat cantik tak ada basah pun elok licin… alhamdulillah syukur sgt2 part paling takut bila oksigen dia drop Ibu ayah semua…kl blh sunatlah cara moden biar ada bius sian anak2 kita trauma..risiko tanpa bius ni sgtlah tggi….utk tukang khatan 2 TOLONGLAH ada sedikit hati n perasaan….Jangan ambik mudah…nyawa budak masa depan budak…TOLONGLAH ..Sy sebagai Ibu tak sanggup tengok anak2 meraung kesakitan jahit tanpa bius…benda ni akan jadi sejarah hitam dalam hidup anak2… 1 lagi Sy nak pesan pd yg single mom or dad…TOLONGLAH ambik tahu pasal anak2 anda walaupun bukan bawah jagaan anda cukuplah tnya keadaan anak2…tak mintak duit pun….cukup mendoakan keselamatan Dan kebaikan anak2 anda…. kepada semua sahabat2 doakan anak2 Sy d beri kesihatan yg baik…doakan kebaikan untuk anak2 Sy…doakan kesejahteraan Dan kebhgiaan anak2 Sy…segala doa yang baik2 Allah akan balikkan kebaikan pd anda semua …terima kasih sahabat syg Sy…. #fyp #rindumak #berjuangsendiri #luaskanrezekikami #bahgiadisyurga

♬ original sound – AKI Seruling – AKI Seruling

Menurut wanita itu, beberapa kanak-kanak yang didapati mengalami pendarahan akan dijahit tanpa bius oleh Tok Mudim sehinggakan ibu bapa bertindak menutup telinga kerana tidak sanggup mendengar anak mereka meraung.

Situasi menjadi semakin serius apabila anaknya juga turut mengalami pendarahan selepas berkhatan dan masih lagi tidak berhenti meskipun telah diberikan rawatan oleh pembantu Tok Mudim.

Wanita berkenaan akhirnya mengambil keputusan untuk terus membawa anaknya ke klinik sebelum kanak-kanak itu dirujukkan ke sebuah hospital besar di Pulau Pinang bagi menerima rawatan lanjut.

“Sampai di wad kecemasan, Alhamdulillah. Doktor semua baik-baik dan lembut sahaja. Doktor tak sentuh. Hanya tengok dan ambil gambar untuk dihantar kepada pakar bedah. Doktor cakap anak saya kena tahan di wad.

“Sebab keesokan harinya perlu jalani pembedahan. Jahit untuk betulkan kesan yang tak cantik dan buang darah beku sebab sudah bengkak di atasnya. Saya teman anak ke bilik bedah sehinggalah ditidurkan oleh doktor.

“Doktor kemudian minta keluar sebab nak masukkan tiub dalam mulut anak untuk bernafas pakai bantuan mesin. Selesai pembedahan, doktor kejutkan dan cabut tiub di mulut. Kemudian dipakaikan oksigen biasa,” katanya.

Perkara itu dikongsikan oleh ibu terbabit menerusi laman TikTok dan turut meluahkan rasa lega berikutan keadaan anaknya kembali stabil selepas menjalani pembedahan di hospital malah tidak meninggalkan kesan luka buruk.

Pengalaman cukup mengerikan itu membuatkan wanita terbabit memutuskan untuk memuat naik perkongsian bagi menyeru ibu bapa lain memilih kaedah berkhatan moden demi keselamatan dan kesejahteraan anak-anak.

Baca juga: Terkejut tengok resit, warung siap caj meja, kerusi diguna dalam bil!