‘Bakers’ kampung jual kek harga RM150 tapi lain pula yang netizen tengok

Oleh KIM SYAZIE

Seorang pembuat kek berkongsi kepada orang ramai mengapa dia menjual kek chocolate moist pada harga RM150 yang dianggap mahal oleh segelintir pihak.

Menerusi perkongsian di Facebook Norlailanzira, individu itu mengakui harga sebiji kek bersaiz 10×10 itu agak mahal, namun ia tidak dapat dielakkan kerana modal membakar sebiji kek juga agak ‘kasar’.

“Saya tahu memang mahal tapi nak buat macam mana selepas kira segala modal dengan penat lelah dan sedikit keuntungan, saya kena jual dengan harga tersebut.

“Saya ni berniaga, mesti saya kena kira betul-betul kos saya untuk buat sebiji kek,” katanya.

Menurut Norlalilanazira, kek yang berasaskan coklat terpaksa dinaikkan harga ekoran kenaikan harga serbuk koko yang melonjak dari RM18 kepada RM45.

Katanya, dia sebagai pembuat kek juga tersepit dan serba salah setiap kali pelanggannya bertanya harga sebiji kek.

“Dark chocolate pun naik harga ehh semua bendalah naik harga. Tercekik kita setiap kali nak restock barang. Terbaharu, harga spongemix pun dah naik. Dari RM8 terus melonjak ke RM9.50

“Saya ni kalau orang tanya harga kek pun serba salah nak bagitahu. Yelah kita ini baker kampungan je kan takkan tak ada kek harga RM30. Jujur memang tak ada sis,” katanya lagi.

Justeru kata wanita itu, dia langsung tidak berkecil hati jika ada pelanggan yang tidak jadi membuat tempahan dengannya kerana sedad harga ditetapkan agak mahal.

Sementara itu meninjau ke ruangan komen, ramai yang memberi kata-kata positif, berpendapat seorang pembuat kek bukan sahaja menjual kek, tetapi mereka menjual kemahiran bertahun-tahun supaya kek yang dibuat menepati kehendak pelanggan.

Malah orang ramai nampaknya lebih tertarik dengan tulisan kemas serupa tulisan cetak komputer pada kek yang ditunjukkan.

Mereka mengatakan kemahiran menulis dengan kemas dan cantik juga satu bonus dan wajar diambil kira.

Baca juga: Rosmah Mansor nafi bercerai dengan Najib Razak, jelaskan perkara sebenar – “Jangan buat fitnah”