Program Perumahan Rakyat atau PPR adalah satu satu program Kerajaan untuk penempatan semula setinggan dan memenuhi keperluan tempat kediaman bagi golongan berpendapatan rendah.
Dengan sewa yang murah maka tak terkejutlah ada yang tinggal dan menyewa di sana berbelas tahunnya.
Menerusi akaun TikTok House Tour Malaysia, pemilik rumah PPR berkongsi kisahnya menyewa selama 17 tahun sebelum ditawarkan untuk membeli rumah tersebut tahun lepas.
Lebih mengejutkan adalah kebersihan dan susun atur serta ubah suai yang dibuat selepas membelinya tahun lepas.
Menolak perspektif orang tentang rumah PPR kebanyakan kotor dan tidak terurus, Puan Nurul tampil menunjukkan ubah suai rumahnya.
“Tertarik dengan kisah Puan Nurul yang mana dia sewa rumah ini dah 17 tahun sebelum dapat membelinya tahun lepas.
“Rumah ini dibeli rumah pada harga RM35k dan seperti umum maklum lokasi rumah ini memang hot sebab di tengah Kuala Lumpur.
“Puan Nurul pengemas orangnya, walaupun rumah saiz 600 kaki persegi tapi tak nampak sempit pun. Setiap ruang nampak cantik dan kemas,” tulis pemilik video di ruang kapsyen TikTok.
Rata-rata netizen terkejut melihat ruangan yang diubah suai dan mengakui kebersihan antara punca utama rumah ini kelihatan lebih besar dan cantik.
“Kalau bayar sewa elok bertahun-tahun memang Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan tawar penyewa untuk beli, dia pun ubah suai lepas rumah tu dibeli, rumah pun tak banyak barang,” komen seorang pengguna media sosial.
Kecil atau besar rumah bukan isunya. Yang penting sentiasa dijaga bersih. Saya suka pemikiran Puan ni, bersih, kemas dan minimalist,” komen pengguna lain.
“17 tahun dia duduk situ, kita tak tahu apa masalah yang dia lalui, mestilah ada duit yang dia simpan untuk hari tua, tak salah pun nak cantikkan rumah sendiri,” tambah pengguna lain.
Baca juga: Mana nak dapat harga ini lagi, penyewa dedah 14 tahun ‘owner’ tak pernah naikkan bayaran sewa