Tengku Zafrul bakal Duta Malaysia ke AS?

Oleh ROSLAN ZAMAN

Tahun 2024 yang lepas pernah heboh isu Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz akan melompat parti dari UMNO ke Parti Keadilan Rakyat(PKR). Berita itu sedikit sebanyak menggoncangkan perpaduan antara 2 parti besar dalam kerajaan sekarang.

Tiada angin tiada ribut, Tengku Zafrul yang bakal tamat tempoh lantikan senator dalam kerajaan secara automatik pada hujung tahun ini dikatakan bakal menjadi Duta Malaysia ke Amerika Syarikat. Ini berikutan laporan media yang menyebut tugas Mohamed Nazri sebagai Duta Malaysia ke AS tamat selepas dua tahun berkhidmat di Washington.

Memetik dari Hmetro, beliau menegaskan bahawa perkara itu terpulang kepada Perdana Menteri dan buat masa ini, fokus utamanya adalah meneruskan tugas di kementerian serta memainkan peranan dalam menjayakan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN tahun ini.

Sebelum ini ketika ditanya mengenai status keahlian dengan UMNO, beliau menegaskan sebarang keputusan mengenai hala tuju politiknya akan dibincangkan terlebih dahulu dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, sebelum sebarang pengumuman rasmi dibuat, kata laporan itu lagi.

Baca: Tengku Zafrul dilantik Bendahari Badan Perhubungan Umno Selangor