Pastinya ada masa di hujung minggu atau di hari bekerja, keinginan untuk makan lauk berkari itu tinggi, tak kisahlah nak buat lauk ayam atau makanan laut.
Bila balik kerja, mesti sebolehnya nak masak yang senang sahaja sebab penat ditambah anak-anak pula kelaparan
Ikuti perkongsian pengguna Facebook Zaini Talib mengenai cara mudah untuk buat pes kari dan boleh disimpan dalam peti ais sahaja.
Cara buat pes kari, mudah dan jimat masa
Bahan-bahan:
- 6 ulas bawang kecil
- 6 ulas bawang putih
- 2 inci halia
- 2 inci kunyit atau serbuk kunyit
- 1 sudu besar jintan putih
- 1 sudu besar jintan manis
- 1 sudu besar biji ketumbar
- 1 sudu kecil lada hitam
Cara-cara:
1. Kisar halus semua bahan di atas. Gunakan sedikit minyak untuk memudahkan proses kisar, atau tidak perlu air jika mahu tekstur pekat.
2. Kalau nak pedas, tambah empat sudu besar cili kering yang telah dikisar asing.
3. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga pecah minyak. Tumis lebih lama untuk rasa yang lebih enak.
4. Apabila bahan telah pecah minyak, pes kari anda siap untuk disimpan.
5. Simpan pes dalam peti sejuk, ia mampu bertahan untuk dua hingga tiga kali masakan.
Bila teringin nak makan kari, tumis pes dan tuangkan santan serta sedikit air asam jawa, kemudian boleh masukkan protein lain yang anda mahukan.
Baca juga: Baru tahu ini cara mudah tanam kangkung di rumah, hanya perlu 4 bahan sahaja!