Bagi negara dengan kadar kelahiran rendah pastinya mahu generasi semasa untuk berkahwin dan melahirkan ini.
Kebiasaannya ia terjadi apabila generasi tua lebih banyak berbanding dengan anak muda, maka pelbagai insentif dilakukan agar wanita memilih untuk berkahwin dan melahirkan anak.
Menurut Agence France-Presse, pasangan Zhang Gang dan Weng Linbin menerima sejumlah wang tunai sebagai insentif untuk berkahwin.
Luliang, kota asal Zhang di wilayah utara Shanxi, adalah salah satu daripada banyak tempat di China di mana kerajaan tempatan menawarkan pelbagai insentif untuk menarik pasangan untuk berkahwin.
Pasangan itu menerima ganjaran 1,500 yuan (RM916.23) sebagai sebahagian daripada usaha rasmi untuk meningkatkan populasi negara, yang jatuh untuk tahun ketiga berturut-turut pada tahun 2024.
Menurut data rasmi, jumlah itu melebihi separuh daripada purata gaji bulanan bagi penduduk bandar Luliang dan lebih daripada purata gaji bulanan bagi penduduk luar bandar.
“Saya fikir dasar ini agak berkesan untuk memperbaiki keadaan perkahwinan. kata zhang
“Semua rakan saya menyambut dasar ini dengan baik apabila saya menyebutnya kepada mereka,” kata Zhang.
Data menunjukkan bahawa bilangan perkahwinan telah menurun sebanyak satu perlima berbanding tahun 2023 lapor portal berita The Standard.
Insentif tunai untuk perkahwinan di Luliang diumumkan dalam talian, tetapi ramai yang menyatakan bahawa insentif itu tidak mencukupi untuk memenuhi semua komitmen.
Bahagian paling ketara dalam pakej ini ialah ganjaran, yang meletakkan had umur untuk wanita adalah pada usia 35 tahun.
Selain itu, bekas bandar perlombongan itu turut memberikan subsidi dan sumbangan insurans perubatan untuk mendaftarkan bayi baru lahir.
Untuk setiap anak pertama yang didaftarkan di Luliang, pasangan berkahwin mendapat 2,000 yuan (RM1,221), 5,000 yuan (RM3,054) untuk anak kedua, dan 8,000 yuan (RM4,886) untuk anak ketiga.
Baca juga: Wanita simpanan runtuh rumah tangga 50 tahun, diperintah mahkamah bayar isteri RM200,000