Kecoh satu bandar Kota Bharu melihat kelibat sebuah helikopter mendarat di sebuah kawasan lapang bersebelahan dengan pusat membeli belah Aeon Mall.
Rakaman helikopter itu sempat direkod oleh orang awam yang lalu di kawasan berhampiran.
Melalui rakaman itu, sebaik sahaja mendarat kelihatan individu keluar dari helikopter tersebut dan terus masuk ke dalam MPV mewah.
Video yang dimuatnaik di tiktok @rumah_tepusungai_kb itu mendapat pelbagai reaksi oleh netizen.
Perkongsian video itu membuatkan ramai warganet teruja melihat situasi berkenaan.
@rumah_tepisungai_kb Replying to @legend.tigon.x.aa ♬ original sound – Pn.Naz
Ramai yang tertanya-tanya siapakah yang turun daripada helikopter tersebut.
Malah ada yang memuji rakyat Kelantan, “Hebat orang Kelantan, pergi shopping naik Helikopter..”
baca: “Dialah yang layan aku macam permaisuri walaupun bertatu dan baru keluar penjara..”