Ditinggal di rumah anak yatim masa umur 2 tahun, bekas pemain Arsenal kecewa mak bapa tuntut duit penjagaan

Oleh MALAYSIADATELINE

Masa susah tinggalkan anak di rumah anak yatim, bila anak dah berjaya mulalah nak meminta duit atas alasan mereka adalah ibu bapa.

Begitulah masalah yang dihadapi penyerang Sepanyol, Lucas Perez selepas ‘dikejar’ ibu bapa kandung usai namanya naik dalam arena bola sepak.

Dalam temubual bersama Cope, Perez mendedahkan bahawa dia telah berhadapan dengan pelbagai isu keluarga lapor VnExpress.

“Ketika saya berumur dua tahun, ibu bapa saya meletakkan saya di rumah anak yatim kerana mereka tidak boleh atau tidak mahu menjaga saya.

“Selepas itu, datuk dan nenek saya menerima saya. Musim ini, saya menerima satu lagi aduan daripada bapa saya, meminta saya membayar nafkah kepadanya sepanjang hayatnya.

“Sejak itu, saya mengalami banyak tekanan, sentiasa berhadapan dengan pergolakan emosi dari masa lalu saya,” katanya dalam temubual bersama Cope.

Kemuncak kerjayanya datang pada musim 2015-2016, di mana dia menjaringkan 17 gol dalam 36 perlawanan La Liga sebelum berpindah ke Arsenal dengan harga $22 juta.

Pada masa sama dia juga terkenang kembali faks daripada ibunya yang meminta nafkah sebaik sahaja dia menyertai Arsenal, salah satu kelab terbesar di England.

“Dia tidak berhak meminta wang kerana dia tidak disenaraikan sebagai penjaga saya.

“Sebelum ini, datuk dan nenek saya meminta hak penjagaan saya, kemudian mereka hanya menambah nama bapa saya ke dalam senarai.

“Saya bernasib baik kerana mempunyai datuk dan nenek saya, tetapi mereka tidak hidup cukup lama,” tambahnya.

Tidak hanya itu, Perez juga terlibat dalam pertikaian hak penjagaan anak selepas bercerai dua tahun lalu.

Bekas isterinya membawa anak lelaki mereka ke Madrid, tempat dia bekerja, manakala Perez tinggal di Galicia, tempat Deportivo berpangkalan.

Baca juga: Suami Intan Najuwa upah 3 pengasuh, jururawat peribadi jaga anak agar isteri cukup rehat