Gosip percintaan antara Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan penyanyi Bella Astillah bukan sahaja mendapat perhatian rakyat negara ini, bahkan berjaya ‘mencairkan’ hati masyarakat Korea Selatan.
Kisah mereka telah mendapat liputan sebuah portal hiburan di negara itu yang kemudian dibanjiri dengan komen menghiburkan dari orang kita.
Portal Koreaboo memuat naik artikel berjudul ‘Divorced actress’s rumored new boyfriend swims
across the sea for her’ (teman lelaki baharu pelakon bercerai dikhabarkan berenang menyeberangi lautan untuknya).
Laporan itu dibuat berdasarkan video yang dimuat naik Syed Saddiq iaitu ketika terjun ke laut sebelum berenang menuju ke Bella yang menantinya di Semporna, Sabah baru-baru ini.
Dalam laporan sama, Koreaboo turut menceritakan serba sedikit latar belakang Bella termasuk cerita kontroversi perceraian dengan bekas suami, Aliff Aziz.
Bukan hanya Bella, cerita mengenai Syed Saddiq turut dimuatkan dalam artikel berkenaan dan tidak ketinggalan tentang kes mahkamah melibatkan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram membabitkan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada).
Artikel tersebut turut menyelitkan mengenai kenyataan ibu Syed Saddiq iaitu Sharifah Mahani yang menyamakan kisah cinta anaknya seperti Romeo dan Juliet.
Sementara dalam ruangan komen, netizen teruja apabila pasangan kegemaran mereka yang digelar sebagai BASS (Bella Astillah Syed Saddiq) meraih perhatian portal antarabangsa.
“Sudah sampai ke Korea BASS kita. Lipat sahajalah bumi ini.
“Lain macam dan kuat sungguh aura BASS. Semoga gosip cinta mereka berakhir ke jenjang pelamin”.