Di bulan Ramadan ramai yang mencuba untuk khatam Al-Quran, baik orang biasa mahupun selebriti, disebabkan pahala yang berkali ganda.
Tidak mahu terlepas peluang, pelakon Nora Danish berjaya khatam Al-Quran dalam tempoh 10 hari lapor Harian Metro.
Pelakon yang terkenal kerana wajah yang sentiasa nampak muda itu menganggap is sebagai hadiah istimewa sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-43.
Kongsinya, ini ada kali pertama dia menyertai sesi tadarus secara berkumpulan dan Nora melihat ia sebagai satu pengalaman berharga.
“Ini adalah kali pertama saya menyertai tadarus, yang mana kami berjaya khatam dalam tempoh 10 hari.
“Setiap hari, kami membaca lebih daripada 50 muka surat Al-Quran. Saya kira ini adalah pencapaian yang sangat berharga dalam hidup saya sekali gus menjadi hadiah ulang tahun kelahiran saya tahun ini.
“Kami memulakan bacaan pada hari pertama Ramadan bersama seorang ustaz hafiz dan kira-kira 30 orang sahabat lain. Ia benar-benar satu pengalaman yang luar biasa buat saya,” katanya seperti dipetik Harian Metro.
Buat Nora, tiada istilah usia sebagai penghalang untuk berubah menjadi insan yang lebih baik dan kembali dekat dengan agama.
“Walaupun usia sudah menjengah 40-an, namun belum terlambat untuk kita memaksa diri melakukan kebaikan, termasuk membaca Al-Quran.
“Dalam kes saya, saya bersyukur kerana Allah membuka pintu hati saya sebelum saya meninggalkan dunia ini. Betul, memang belum terlambat untuk kita berusaha menjadi insan yang lebih baik.
“Saya sendiri mengaku, dahulu saya jahil, tetapi saya tetap berusaha untuk menjadi lebih baik. Allah Maha Mendengar, Allah Maha Baik. Jangan sesekali rasa sudah terlambat atau berputus asa.
“Seeloknya kita segera bertaubat kerana pengakhiran kita itu yang lebih penting,” jelasnya.
Baca juga: Portal hiburan Korea pun sampai cair dengan kisah cinta Syed Saddiq dan Bella