Bukan semua rezeki terpijak memberi seribu satu kegembiraan kepada seseorang. Malah ada yang menambahkan lagi kesengsaraan. Itulah situasi yang berlaku kepada seorang pemenang loteri sebanyak RM14 Juta yang menyesal menang duit sebanyak ini.
Menurut lelaki itu yang bernama Anoop, ramai yang bertandang ke rumahnya untuk meminjam duit apabila tahu dirinya menang duit RM14 Juta. Bukan itu sahaja, ada yang tiba-tiba mengaku sebagai saudara.
Memetik dari portal first post, lelaki dari India itu memuatnaik video meminta orang yang tidak dikenali berhenti mengganggu dirinya dan keluarga. Malah berharap dia tidak menang loteri itu.
“Saya rasa lebih baik tidak menang, mungkin tempat ketiga lebih baik,” tambah Anoop dalam video itu. Bagi mengelak perhatian ramai, dia juga bercadang untuk berpindah dari rumahnya sekarang ke tempat yang tidak kenal dirinya.
“Saya sangat gembira apabila saya menang, ramai orang datang dengan kamera di hadapan rumah, dan kami berseronok, saya tidak boleh keluar rumah, saya tidak boleh pergi ke mana-mana. Anak saya sakit dan saya tidak boleh membawanya ke doktor,” tambah Anoop.
baca: Pasangan India ini cuba berpuasa buat pertama kali tuai pujian ramai