Fikir nak siap cepat je! Ramai tak sedar bahaya rebus nasi impit dalam plastik

Oleh MALAYSIADATELINE

Kebanyakan orang akan cuba mencari jalan untuk menjimatkan waktu memasak terutamanya untuk masakan yang mengambil masa berjam lamanya.

Namun ramai tak sedar bahawa ada sesetengah jalan singkat itu boleh membawa kesan bahaya kepada tubuh badan sendiri.

Memetik Kompas, seorang Pakar Pemakanan, Dr Tan Shot Yen berkongsi mengenai penggunaan plastik unruk memasak nasi impit boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan.

Menurut artikel dari Antara, Dr Tan menjelaskan bahawa plastik pembungkus yang terdedah kepada suhu haba tinggi boleh melepaskan zat kimia berbahaya ke dalam makanan seterusnya tubuh manusia.

“Plastik yang terdedah kepada haba, terutamanya jenis tertentu, boleh membebaskan bahan kimia berbahaya yang boleh memasuki makanan dan badan.

“Ini akan menyebabkan masalah kesihatan seperti gangguan hormon, masalah pembiakan, dan juga risiko kanser,” jelas Dr Tan seperti dipetik Antara.

Menurut dr. Tan, membungkus lontong dan ketupat menggunakan bahan semula jadi seperti daun pisang atau daun kelapa jauh lebih selamat daripada plastik.

Selain lebih sihat, bahan semula jadi ini juga memberikan aroma tersendiri yang boleh meningkatkan selera makan.

Pada masa cuti seperti Aidilfitri, ramai orang menyimpan lontong atau ketupat untuk dimakan pada keesokan harinya.

Untuk mengekalkan kualitinya, dr. Tan mencadangkan agar lontong dan ketupat disimpan di dalam peti sejuk sebelum dihidangkan semula.

“Menyimpan lontong sepatutnya sama dengan nasi masak. Masuk ke dalam peti sejuk dan kukus semula apabila anda mahu makan,” cadan Dr Tan.

Pada masa sama Dr Tan juga mengingatkan bahawa pengambilan lontong atau ketupat dilakukan secara sederhana dan tidak berlebihan.

Baca juga: Selain penjawat awam, PM umum duit raya untuk siapa lagi?