Seorang pemilik rumah meluahkan rasa terkilan terhadap tindakan penyewanya yang menjual set meja dan kerusi makan di rumah itu tanpa persetujuan.
Menerusi perkongsian di TikTok, wanita itu berkata set meja makan yang dibelinya berharga lebih RM1,000.
Namun penyewa itu menjual meja makan tersebut dengan harga yang tidak berbaloi iaitu RM300 sahaja dan menggantikan dengan meja makan yang lain.
Apa yang mengecewakan, alasan mereka menjual meja makan tersebut adalah kerana mahukan rumah yang berkonsep ringkas.
“Bagi sewa pada orang tahu-tahu dia pergi jual set meja makan kita orang. Kemudian tukar dengan meja makan dia orang beli sendiri dengan alasan nak rumah minimalis,” katanya.
Atas sebab itu pemilik rumah berkeras tidak akan memulangkan wang pendahuluan berjumlah RM700 biarpun penyewanya merayu untuk mendapatkan diskaun.
“Aku tetap nak tolak caj deposit RM700. Aku beli harga RM1,000 lebih. Dia kata dia jual dapat RM300 sahaja.
“Sekarang dia nak minta diskaun RM500. Saya cakap tak boleh. Ia bukan tentang duit, tetapi tentang jangan suka hati jual barang pemilik rumah,” katanya.
Perkongsian itu menarik ratusan komen yang turut sama terkejut dengan sikap penyewa sekarang ini yang seolah-olah tidak ada common sense.
Baca juga: Graduan UTP ini lompat kerja 4 kali, berjaya naik gaji cecah RM15,000 dalam masa 7 tahun