Negara paling banyak rasuah, terkejut tahu Malaysia di kedudukan ini

Oleh ROSLAN ZAMAN

Rasuah adalah satu penyakit barah dalam sesebuah negara. Sekali penyakit ini ada, cara ia merebak boleh memusnahkan sesebuah negara.

Baru-baru ini Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2024 yang diterbitkan oleh Transparency International telah mengeluarkan sebuah laporan mengenai negara-negara yang paling tinggi rasuah.

Sebanya 180 negara telah dibuat penilaian oleh badan ini mengkaji rasuah dalam sektor awam di dalam negara.

Skala penilaian CPI ini bergerak dari 0 hingga 100, di mana 0 menunjukkan tahap korupsi yang sangat parah, manakala 100 pula melambangkan kebersihan hampir sempurna dari gejala ini.

Di mana kedudukan Malaysia dalam indeks ini? Menurut laporan, Malaysia berada dalam skala 50 mata, iaitu kedudukan yang ke-57 dalam semua negara. Bermakna kita berada dalam kedudukan yang di tengah-tengah. Tidak lah terlalu bagus dan teruk.

Berlainan dengan negara jiran kita Singapura yang mendapat markah cemerlang iaitu 84, kedudukan yang ke-3 paling baik dalam semua negara di dunia. Negara yang perolehi markah tertinggi adalah Denmark dengan markah 90, diikuti dengan Finland 88.

Negara mana pula yang paling teruk persepsi rasuah? .

Sudan Selatan berada di tangga paling bawah dengan skor hanya 8, diikuti Somalia dan Venezuela.

Nama-nama seperti Syria, Yaman, Libya, Eritrea, Equatorial Guinea, Nikaragua dan Sudan turut tersenarai dalam kelompok 10 negara paling rasuah di dunia tahun ini.

Sebahagian besar negara ini berdepan konflik bersenjata, ketidakstabilan politik, dan pemerintahan autoritarian, yang menjadi tanah subur untuk rasuah berleluasa.

baca: rasuah pejabat pos