5 selebriti dengan majlis perkahwinan termahal di Malaysia, nombor 4 tu kalah TokTi

Oleh KIM SYAZIE

Dalam dunia glamor dan sorotan lensa, majlis perkahwinan selebriti sering menjadi tumpuan ramai.

Dari lokasi mewah, busana eksklusif, hinggalah ke senarai tetamu VVIP, segala-galanya diraikan dengan penuh gemerlapan.

Tidak hairanlah, ramai yang tertanya-tanya siapakah selebriti tanah air yang pernah mengadakan majlis perkahwinan paling mahal dan mencuri perhatian seluruh negara.

Lebih mengejutkan, terdapat seorang selebriti dalam senarai ini yang kos perkahwinannya dikatakan mengatasi majlis gilang-gemilang penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza!

Siapakah mereka? Jom kita lihat lima selebriti dengan majlis perkahwinan termahal di Malaysia yang pernah mencipta fenomena tersendiri.

1. Haqiem Rusli dan Wan Anis Sofea

Pada 19 November 2021, penyanyi Haqiem Rusli dan pasangannya, Wan Anis Sofea telah selamat disatukan dan dikatakan kos untuk mengadakan majlis mencecah sebanyak RM7 juta ringgit. Pasangan itu dinikahkan dengan mas kahwin sebanyak RM300 serta wang hantaran bernilai RM100,000.

2. Raja Ilya dan Trent Garrett

Pelakon Raja Ilya bersama ahli perniagaan berasal dari Australia itu telah diijabkabul pada 23 Disember 2018 di Perth, Australia. Selepas 9 bulan, majlis bertemakan perkahwinan Inggeris dan malam muzikal itu meriah disambut di Magica Grand Hall, Star Avenue, Lifestyle Mall, Subang. Kos sebanyak RM10 juta telah dihabiskan untuk majlis tersebut.

3. Datuk Siti Nurhaliza dan Dato’ Khalid Mohd Jiwa

Penyanyi nombor satu negara iaitu Datuk Siti Nurhaliza telah bernikah dengan Datuk K pada 1 Ogos 2006 dan itu menjawab persoalan banyak pihak apabila ditanyakan siapa cinta hati TokTi ketika itu. Dilaporkan penyanyi tersebut telah menerima mas kahwin RM22,222 dan wang hantaran sebanyak RM30,000.

Jumlah tajaan pasangan itu dari segi barang kemas, pakaian dan lain-lain lebih dari RM9 juta. Gaun dipakai oleh Datuk Siti yang disulami 8,888 butiran mutiara asli rekaan Khoon Hooi pula berharga RM300,000.

4. Kamal Adli dan Uqasha Senrose

Sememangnya mengejutkan kerana majlis perkahwinan pasangan selebriti ini mendapat tajaan bernilai lebih RM25 juta ringgit. Beberapa pakaian telah dipakai oleh mereka dan antara paling diingati adalah tema Bollywood. Difahamkan mereka juga menyertai kelas Bollywood selama tiga bulan untuk menjayakan tarian semasa majlis terbabit berlangsung.

Biarpun tidak mendedahkan kos melangsungkan majlis perkahwinan mereka, sudah semestinya ia menelan kos ratusan ke jutaan ringgit untuk satu malam dan dilaporkan ia mencecah RM30 juta.

5. Rozita Che Wan dan Zain Saidin

Majlis perkahwinan Rozita Che Wan dan Zain Saidin pada Disember 2013 mencatat sejarah sebagai antara yang paling mewah di Malaysia, dengan jumlah tajaan mencecah RM13 juta . Antara penaja utama ialah Habib Jewels, yang menaja barang kemas bernilai RM10 juta .

Selain itu, busana yang digayakan oleh Che Ta pada malam berinai merupakan rekaan Bianco Mimosa bernilai RM55,000, manakala baju nikah dan kasut bernilai RM150,000 adalah hasil rekaan Man Kajang .

Baca juga: Apa hukum lafaz cerai dalam ‘live’? Pendakwah ulas isu talak 2 diucap suami Siti Jamumall