Fara Fauzana nafi sudah bertunang, jelas status dengan jejaka dalam video tular

Oleh WAN SITI AMINAH

Penyampai radio popular, Fara Fauzana tampil menepis spekulasi netizen yang mendakwanya sudah mengikat tali pertunangan susulan penularan satu rakaman video di platform TikTok.

Fara menjelaskan bahawa rakaman dimuat naik di akaun TikTok milik Hot FM itu adalah video majlis pertunangan orang awam yang tular di media sosial dan dikongsikan semula oleh stesen radio tersebut.

Penjelasan tersebut dibuat susulan orang ramai bertindak membanjiri ruangan komen video untuk mengucapkan tahniah kepada Fara kerana menyangka majlis berkenaan adalah acara pertunangannya.

Fara atau nama sebenarnya, Fara Fauzana Mohd Fadzil menyangkal dakwaan tersebut ketika bersiaran bersama rakan penyampai, AG dan Johan yang mana rakamannya turut dimuat naik di platform TikTok.

“Saya kena terangkan, orang keliru ya. Video tersebut telah dikongsikan semula oleh Hot FM, tetapi majlis itu bukan majlis saya. Orang ingatkan Fafau yang bertunang, tidak,” katanya dalam rakaman tersebut.

@hotfm976_

Haaa siapa yang duk ucap tahniah kat @INIREALFAFAU sebab dah bertunang tu? Tak pun okay! Fara tak bertunang pun. Pandai pandai je you guys ni tau 🤣 @JozlynnHanania_ @AGAzmeer #HotFMNo1 #HotFM #BekpesHot #YangHangatDanTerbaik #RadioNo1 #KJjadiDJ

♬ original sound – Hot FM – Hot FM

Dalam perkongsian sama, penyampai radio berusia 45 tahun itu turut menafikan dakwaan bahawa dirinya kini sedang menjalinkan hubungan istimewa dengan seorang jejaka susulan penularan satu hantaran di platform sama.

Menerusi hantaran itu, jejaka berkenaan mengucapkan terima kasih kepada Fara kerana sudi meraikan hari ulang tahun kelahiran bersama selain menghargai kehadiran penyampai radio terbabit dalam kehidupannya.

Namun Fara mengakui tidak mempunyai hubungan istimewa dengan jejaka terbabit dan mereka berteman baik namun wanita itu tidak menolak kemungkinan masih ada jodoh ditentukan buatnya.

“Baru-baru ini pun keluar cerita, yang itu pun bukan. Dia kawan baik saya. Alhamdulillah bolehlah (available), kita kena percaya jodoh itu ada.” Jelas Fara dalam rakaman berdurasi satu minit 26 saat itu.

Baca juga: Pakar Ekonomi kata defisit fiskal berkurang cerminan usaha dan disiplin kerajaan urus kewangan