Apa yang sedang berlaku dalam ekonomi Malaysia? Ini 3 perkara penting tentang kedudukan sebenar ekonomi

Oleh KIM SYAZIE

OLEH PENULIS KHAS

Beberapa pihak menuduh Kerajaan MADANI gagal menguruskan ekonomi, sebab itu rakyat ditekan dengan cukai, harga barang, dan pengurangan subsidi.

Kononnya, semua ini dibuktikan dengan data kewangan negara dari 2022 hingga 2025. Tetapi tiga bukti ini menunjukkan sebaliknya, membuktikan ekonomi negara di landasan yang betul.

Bukti 1: Hasil, Perbelanjaan & defisit (Jan–April)

1) Tuduhan: Walaupun cukai baharu diperkenal, hasil negara tetap lebih rendah dari tahun 2023. Bermaksud ekonomi tidak berkembang.

Jawapan:
Kutipan hasil dalam 2024 dan 2025 sebenarnya masih kukuh, walaupun ekonomi dunia perlahan (China jatuh, permintaan global lembap, perang Ukraine-Gaza). Tapi perlu diingat:

Tahun 2023 mencatat hasil luar biasa disebabkan harga komoditi tinggi (minyak sawit, petroleum).

Tahun 2024 & 2025 menyaksikan harga pasaran turun, tetapi kutipan masih hampir sama – bermaksud sistem percukaian lebih kukuh.

Ekonomi Malaysia tetap berkembang – KDNK naik 5.1% pada 2024. Bukan semua pertumbuhan bawa hasil serta-merta.

2) Tuduhan: Perbelanjaan meningkat walaupun subsidi dikurangkan.

Jawapan:
Perbelanjaan negara naik sebab kerajaan gandakan bantuan bersasar kepada rakyat:

– Sumbangan Tunai Rahmah diperluas
– Perbelanjaan kesihatan & pendidikan kekal tinggi
– Naik taraf kemudahan luar bandar, sekolah, klinik

Subsidi lama pula terlalu bocor – diesel misalnya dinikmati oleh syarikat logistik besar dan orang kaya.

Kerajaan tak kurangkan bantuan – cuma lebih sasarkan pada yang layak.

3) Tuduhan: Defisit makin besar, walaupun dapat bantuan one-off

Jawapan:
Ya, 2024 guna dividen KWAP, BNM dan dana tak dituntut. Tapi kerajaan guna ini untuk kurangkan kebergantungan pada hutang baru. Tanpa itu, defisit akan lebih teruk.

Dan walaupun defisit besar, ia masih terkawal – tidak seperti era 1MDB di mana hutang disorok dan perbelanjaan tidak direkod secara telus.

Bukti 2: Hutang Kerajaan & Nisbah KDNK

1) Tuduhan: Dalam 30 bulan, hutang naik RM234 bilion. Ini bukti kegagalan urus kewangan.

Jawapan:
Benar, hutang naik. Tapi sebahagian besar hutang ini adalah ‘warisan’:

– 1MDB: Masih dibayar RM40 bilion
– Bon mega projek era Najib & Mahathir masih aktif
– Kos bunga naik sebab kadar faedah global tinggi

Kerajaan MADANI tidak sorok hutang, tidak cipta hutang luar bajet dan tidak manipulasi akaun.

Tambahan pula, 234 bilion ini bukan ‘hutang baru projek gila’ – ia termasuk rollover hutang lama yang matang.

2) Tuduhan: Nisbah hutang kepada KDNK naik – ekonomi tak cukup berkembang

Jawapan:
Nisbah naik sebab kita berbelanja untuk selamatkan ekonomi pasca-pandemik dan elak resesi. Banyak negara lain juga alami perkara sama, contohnya:

– UK: Nisbah hutang 97%
– Jepun: 263%
– Singapura: 168%

Malaysia masih di bawah 70% – paras amaran.

Bukti 3: Kos Perkhidmatan Hutang (Interest)

1) Tuduhan: Bayaran bunga hutang naik dari RM41B (2022) ke RM54.7B (2025), akan jadi RM63B (2026)

Jawapan:
Ini bukan salah MADANI. Ini hasil gabungan dua perkara:

1. Kadar faedah global naik sejak 2022 (semua negara alami kos pinjaman lebih tinggi)
2. Hutang besar yang diwarisi dari pentadbiran lama – termasuk projek-projek mega dan penyalahgunaan dana

Contoh:
Tahun 2017 (zaman Najib), kos servis hutang cuma RM28B sebab banyak hutang belum matang, dan kadar faedah global rendah.

Sekarang dunia pasca-COVID + perang + inflasi = kos pinjaman lebih mahal.

Madani bayar bunga dari hutang orang lama. Itu bukan gagal. Itu bertanggungjawab.

KESIMPULAN:

Kerajaan MADANI bukan sempurna. Tapi mereka:

✔️ Tidak tipu angka
✔️ Tidak sorok hutang luar bajet
✔️ Beri bantuan walau terpaksa bayar hutang lama
✔️ Cukai disasar, subsidi disasar
✔️ Masih berjaya tarik pelaburan dan stabilkan ringgit

Nak marah? Silakan. Tapi jangan marah orang yang tengah baiki rumah. Marahlah orang yang bakar rumah dulu dan tinggal tanpa rasa bersalah.

Baca juga: Suami syak isteri jadi punca lambat dapat anak, pernah tiduri 4 lelaki sebelum kahwin