‘Buat apa ada anak kalau tak boleh bayarkan hutang orang tua?’

Oleh KIM SYAZIE

Seorang pengguna Facebook berkongsi kisah konflik keluarga yang dialaminya, meluahkan rasa geram selepas dipaksa menanggung beban hutang ayahnya.

Pengguna itu mendakwa dia sebagai anak seolah-olah dijadikan sandaran untuk menyelesaikan hutang, meskipun hutang tersebut bukan demi kesejahteraan anak-anak.

Dia bagaimanapun tidak berdiam diri dan cuba menolak kehendak bapanya sehingga berlaku pertengkaran.

“Maaf lah cakap pasal keluarga sndiri tapi bapa aku sebiji macam ni. Lepas itu tahu ayat dia apa? Ada anak, nak buat apa ada anak kalau tak boleh tolong bayarkan hutang orang tua.

“Masalahnya hutang itu bukan untukk kesenangan kita. Dia yang bersedap-sedap pakai duit tu, mak yang besarkan kita. Tiba-tiba kita ni yang belajar tak tinggi kena bayar hutang dia.

“Sampai satu hari saya tak tahan, saya gaduh teruk dengan ayah. Saya cakap ‘kau rasa aku nak sangat lahir jadi anak kau? Kau rasa aku tak malu orang kampung tanya aku anak siapa? Oh, anak si pemalas… lebih baik aku tak ada bapa,” luahnya dalam satu komen di Facebook.

Bercerita lanjut, individu itu berkata situasi di rumah pada waktu itu agak tegang sehingga dia dihalau dari rumah.

“Apa Iagi aku kena WWF (pukul). Adik aku soranf datanf nak silat. Yang sorang Iagi dpn pintu bawa prang panjang. Tahu kecut dia. Lepas itu dia halau aku dari rumah. Ingat aku hairan dengan rumah dia,” katanya.

Pun begitu dia berkata, sehingga kini tiada penyesalan dengan apa yang berlaku, malah dia kekal dengan pendirian untuk tidak sesekali membenarkan bapanya menumpang kesenangan hidupnya.

“Sekarang aku dah ada rumah, kereta. Kereta aku pun dah 5 tahun, dia merayu-rayu nak naik. Sampai dia strok dan kemudian dah elok pun aku tak bagi naik. Naik lah kau kereta anak lain itu pun kalau dia orang baik hati,” tambahnya lagi.

Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen. Ada yang bersimpati, tidak kurang juga yang meluahkan rasa terkilan melihat hubungan keluarga yang renggang akibat beban hutang yang diwarisi.

Baca juga: Alasan penduduk bayar elektrik, sedih tengok pak cik ini diminta keluar surau lepas habis waktu