‘Allah dah kata jangan ubah apa yang diberikan’ – Sheila Majid anggap kecantikan dalaman lebih penting

Oleh MAISARAH AISYA

Meskipun ramai yang buat pembedahan kosmetik atas faktor kesihatan, ada juga melakukan ia untuk kelihatan lebih cantik.

Jika dilihat selebriti di luar negara sering melakukan pembedahan kosmetik untuk memenuhi standard kecantikan.

Buat Ratu Jazz Datuk Sheila Majid, dia tidak pernah terlintas di minda untuk merubah mana-mana bahagian tubuh lapor Kosmo! Online.

“Saya tak akan buat (jalani prosedur kecantikan) sebab saya takut Tuhan. Allah dah kata jangan ubah apa yang diberikan.

“Maaf, tapi saya belum pernah tengok satu pun (hasil prosedur) yang buat saya rasa ‘wah, cantiknya’ sampai saya pun terdorong nak buat.

“Contohnya hidung saya ini, kalau diubah, muka saya terus berubah. Biarlah besar sikit, tapi comel kan?” katanya dalam satu program audio siar.

Penyanyi berusia 60 tahun itu menegaskan bahawa kecantikan dalaman seseorang adalah lebih penting berbanding paras rupa.

“Kadang-kadang ada orang bukanlah cantik sangat, tapi sebab dia ada adab, sopan santun dan cara pembawaan diri yang menyenangkan, cara manis, orang tetap suka tengok.

“Tapi kalau hanya cantik pada wajah tapi perangai kurang senonoh, siapa pun tak nak pandang atau dekat,” ujarnya.

Baca juga: Bella Astillah bahagia kenali Syed Saddiq, sifatkan sebagai lelaki ‘green-flag’ dan baik hati