Ini 7 teknik cuci kerang yang jimat masa dan tenaga, bahan pun tak banyak!

Oleh MAISARAH AISYA

Kerang memang sedap, apatah lagi bila dimakan bersama kuetiau atau dicicah dengan sos cili Thai, memang boleh buat makan bertambah!

Tapi, cabarannya satu je, nak bersihkan kerang bukan mudah dan sangat memakan masa.

Ramai sanggup sental satu-satu guna berus gigi, tapi kadang-kadang masih ada pasir yang tertinggal.

Disebabkan leceh, ada yang ambil jalan mudah beli isi kerang siap, tapi sayangnya, rasa tak sama langsung dengan kerang yang dibakar bersama cengkerangnya!

Ikuiti perkongsian pengguna Lemon8, NorBayaDahlan tentang tujuh cara bersihkan kerang tanpa perlu sental ia.

Cara bersihkan kerang

“Hari ini saya nak kongsi cara cuci kerang tanpa perlu sental satu satu. Gunakan bahan yang ada di dapur sahaja.”

  1. Serbuk cili/cili kering + air

    Campurkan cili kering dan air sehingga paras kerang.

    Biarkan dalam 20 minit dan kerang akan terbuka dan muntahkan pasir-pasir yang ada padanya.

    Boleh gunakan cara ini untuk bersihkan lala juga

    1. Hampas kelapa

    Ramas dan gaul kerang dengan hampas kelapa dan biarkan selama 30 minit.

    Kotoran kerang akan melekat pada hampas kelapa. Boleh juga guna cara ni untuk bersihkan siput sedut.

    1. Serai

    Ketuk agak separuh hancur serai dan masukkan dalam bekas kerang. Gaul dan ramas sikit bagi mesra serai dan kerang.

    Masukkan air sama paras kerang dan biarkan selama 30 minit. Kemudian boleh bilas ia.

    1. Air asam jawa

    Campurkan air asam jawa bersama air basuhan beras atau air biasa . Ramas pada kerang. Biarkan dalam 15 minit kemudian cuci bersih

    1. Kapur makan

    Bancuh sesudu kapur makan dengan air kemudian masukkan pada kerang. Gaul dan ramas rata seketika. Kemudian rendam 15 minit dan bilas cuci bersih.

    1. Serbuk kunyit

    Masukkan 2 atau 3 sudu besar serbuk kunyit pada bekas kerang. Ramas dan gaul kerang.

    Biarkan dalam 15 minit hingga 20 minit. Kemudian basuh bilas bersih.

    1. Asam keping

    Masukkan beberapa keping asam keping dan sedikit air dan ramas pada kerang.

    Biarkan 20 minit kemudian cuci bersih.

    Selamat mencuba!

    Baca juga: Dulu ambil upah RM60 sehari potong rumput, sekarang gaji dah cecah lima angka